Menteri Menteri Indonesia Dikritik Secara Berdepan
Baru-baru ini, terdapat satu rancangan seperti pendebatan antara menteri menteri di Indonesia telah memeranjatkan para penonton. Apa yang memeranjatkan adalah, seorang aktivis Ratna Sarumpaet mengkritik secara depan kepada menteri-menteri kerana ketidakpuasan terhadap cara pemerintahnya mereka.
Apa yang dikritiknya adalah benda yang benar dimana kebanyakan menteri di sana tidak menghiraukan rakyat yang dibelengu kesusahan. Setiap rintihan yang mereka alami tiada sebarang tindakkan dilakukan. Ia sama sahaja di Malaysia. Setiap pandangan yang kita berikan, ia tidak berfungsi walaupun negara kita adalah negara yang mengamalkan demokrasi. Sebelum itu, apa kata anda melihat video yang bro maksudkan ini. Harap anda faham sedikit Bahasa Indonesia :
Menteri menteri Indonesia kena sound depan2. Kalu berlaku gini kat Malaysia, sure dah rampas mic,angkat masuk penjara...
Posted by King Jason on Wednesday, March 25, 2015
Jika pendebatan seperti ini, pasti microfon kita dirampas kerana bersuara lantang. Kita selalu lihat pendebatan di Parlimen sehingga berbalah antara parti pembangkang dan parti barisan. Ada yang tidak puas hati dengan itu ini dan ada juga 'backup' kerajaan yang sedia ada. Pada pandangan Bro, suara rakyat perlu diutamakan. Jangan lebihkan politik peribadi kerana rakyat tidak bodoh. Dengan adanya laman sosial seperti Facebook, Blog, Whatapps dan sebagainya, ia mudah dikongsi untuk mengetahui apa yang dilakukan oleh ahli politik.
Jika silap sedikit, dalam masa 1 minit berita akan tersebar. Percayalah. So, diharap semua ahli politik bantulah rakyat. Anda telah diberi amanah untuk membantu rakyat bukannya membebankan rakyat. Lagi satu, janganlah beri jawapan yang tidak masuk akal dan jawapan seperti orang tidak berilmu.
No comments
Post a Comment