Cara Jepun Bersihkan Keretapi Dalam Masa 7 Minit
Keretapi berkelajuan tinggi Shinkansen, Jepun merupakan keretapi yang canggih dan juga bersih. Jika anda menaiki keretapi ini, anda akan sentiasa berada dalam keadaan selesa kerana ia akan dibersihkan setiap kali melalui stesen perhentian. Proses pembersihan pada keretapi laju ini sangat unik.
Apa keunikannya adalah mengenai tempoh masa proses pembersihan yang mengambil masa hanya 7 minit sahaja. Ia sesuatu yang agak mustahil kerana keretapi ini mempunyai gerabak yang panjang. Lihat sahaja video yang disediakan di atas ini bagaimana cara mereka lakukan pembersihan. Ia sangat efektif dan boleh dilakukan di Malaysia juga. Di negara Jepun, masa adalah sangat penting bagi mereka. Jika kita terlewat 1 minit, ia seumpama kita merugikan diri sendiri. Sebab itu negara Jepun berdaya maju dan disiplin yang amat tinggi.
No comments
Post a Comment