Demonstrasi Jalanan Kerap Berlaku Atas Kepimpinan Najib Razak - Terowong Informasi

Breaking News

Demonstrasi Jalanan Kerap Berlaku Atas Kepimpinan Najib Razak


Najib Razak


Sejak kepimpinan Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia sejak 2009, kita selalu melihat dan mendengar demontrasi jalanan diadakan sekitar ibu kota iaitu Kuala Lumpur. Mengapa ia berlaku dan kenapa ia berlaku?


BERSIH


Demonstrasi jalanan dilakukan atas sebab-seba tertentu pada pandangan peribadi bro. Mungkin ketidakpuasan terhadap cara pemerintahan menyebabkan perkara ini berlaku. Lihat sahaja semasa kepimpinan Tun Dr Mahathir, ia jarang berlaku demonstrasi seperti ini. Bukan tidak pernah tetapi tidak sekerap ini. Mereka buat demonstrasi bukan suka-suka tetapi ada sebab-sebabnya. 


Bantah GST


Mungkin sistem pentadbiran dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan tidak mendapat restu dari rakyat sendiri. Sebagai contohnya, sistem percukaian atas barangan, GST yang sekarang hangat diperkatakan. Rakyat benar-benar tidak setuju akan perlaksanaan ini kerana ekonomi rakyat masih belum berada pada tahap terbaik. Cuba buat survey ke atas rakyat Malaysia, adakah yang bersetuju itu dapat dapat 70%?


Bantah GST


Rakyat sekarang tidak bodoh. Zaman teknologi sekarang ini membuatkan rakyat cerdik dan pandai menilai antara mana yang baik dan yang buruk. Pelbagai berita kita boleh dapati tidak kita dari media akhbar ataupun di laman web. Kes-kes besar seperti hutang negara, kejatuhan ringgit Malaysia, kes kapal selam, dan pelbagai isu lagi membuatkan rakyat marah terhadap kerajaan. Pada pandangan bro, cuba kerajaan menilai kembali apakah menyebabkan rakyat terutama golongan muda menolak cara kepimpinan kerajaan sekarang. Pasti ada sebab kenapa seperti ini. 


WAWASAN 2020


Anda masih ingat lagi Wawasan 2020? Wawasan 2020 tinggal hanya beberapa tahun lagi untuk mengorak ke berstatus negara maju. Adakah kita mampu mencapai Wawasan 2020 seperti mana Tun Dr Mahathir berwawasan ketika memimpin negara satu ketika dahulu? Kita lihat sahaja jika dipanjangkan umur.

No comments