Petanda Anda Akan Di Panah Petir - Terowong Informasi

Breaking News

Petanda Anda Akan Di Panah Petir


Panah Petir


Lihat gambar di atas ini, kelihatan rambut mereka terpacak seperti ada aliran elektrik. Ia merupakan gambar saat terakhir mereka sebelum di panah petir. Kedua mereka kelihatan teruja dan suka akan fenomena yang mereka alami ini tetapi itu petanda adalah terakhir mereka akan dipanah petir sebenarnya.

Kejadian ini berlaku sekitar 20 Ogos 1975, Michael McQuilken 18, dan adiknya Sean 12, telah membuat pendakian ke bukit Moro Rock di Sequoia National Park, Califonia bersama juga dengan kakak Sean, Mary 15. Setibanya di puncak bukit tersebut, keadaan awam berubah menjadi hitam petanda hari akan hujan.

Panah Petir


Bagaimanapun, mereka mendapati sesuatu yang lucu pada rambut mereka yang terpacak ke atas. Mereka tidak melepaskan peluang mengambil gambar yang kelihatan agak lucu ketika itu. Malangnya, mereka tidak tahu langsung bahawa mereka dalam keadaan bahaya. Hujan batu pun turun dan diikuti dentuman petir yang kuat, Sean serta merta tersungkur ke tanah.

Selepas ledakan petir tersebut, McQuilken mendapati Sean mengalami kecederaan teruk akibat di panah petir dan membunuh beberapa orang pejalan kaki yang berhampiran. Badan Sean berasap, rambut terbakar dan pakaiannya hancur. Sean kemudiannya dihantar ke hospital dan doktor mengesahkan Sean melecur teruk tahap 3 di mana beliau mengalami melecur teruk pada kulit terutamanya di belakang badan dan siku. Sean koma selama 6 bulan sebelum pulih sepenuhnya. Dia bernasib baik kerana panahan petir tersebut tidak merangut nyawanya.

Nota : Berlindunglah di tempat selamat jika petir menyambar. 

No comments