Sikap Pemandu Punca Utama Kemalangan - Terowong Informasi

Breaking News

Sikap Pemandu Punca Utama Kemalangan




Kemalangan selalunya berpunca dari sikap pemandu itu sendiri. Bukan disebabkan oleh jenama kereta, atau berapa tahun kereta itu digunakan. Kadang-kadang, kita tidak sedar yang kita membuatkan pengguna jalan raya yang lain marah walaupun kita fikirkan cara pemanduan kita ini betul. Kesalahan yang biasa kita lihat adalah penggunaan signal, memandu cara merbahaya, memotong menggunakan lorong kecemasan dan sebagainya. Contoh paling yang selalu bro lihat adalah penggunaan lorong di jalanraya ataupun di lebuhraya. Perkara ini selalu nampak dan ramai masih pentingkan diri.



Don't Do this Outside of Home.Every time there is a long weekend, I dread to drive. Sunday drivers are out even on a Saturday - here is an example of one who is totally oblivious to the fact that there are others on the road besides themselves. This is one of the major causes of traffic congestion on highways.
Posted by YS Khong on Sunday, May 3, 2015




Jika jalan raya atau lebuhraya tersebut mempunyai 3 lane, ada yang memandu dengan kelajuan 80km/h di lorong tengah walaupun nampak kelibat kereta di belakang menghapiri beliau. Had maksimum kenderaan di Malaysia adalah 110km/h manakala jalan persekutuan adalah 90km/h. Bila kita berdepan dengan situasi seperti ini, pasti kita akan memberi hon atau beam lampu supaya pemandu tersebut tukar ke lorong kiri untuk memotong tetapi tidak diendahnya. Situasi ini memang selalu berlaku terutama sekali di musim cuti sekolah atau perayaan. Lihat sahaja contoh baik pada video di atas ini menunjukkan sebuah Proton Waja berada di lorong kanan tetapi memandu dengan perlahan. Pemandu yang merakam ini telah memberi amaran beam lampu dan juga hon beberapa kali tetapi pemandu waja tersebut masih tidak endahkannya. Mujur, pemandu yang merakam ini mengalah dan memotong di sebelah kiri.


Penggunaan lorong kanan adalah untuk lorong memotong bukan lorong makan angin. Semasa anda mengambil lesen kereta dahulu, tenaga pengajar ada mengajar anda mengenai undang-undang jalan raya yang betul tetapi ada sesetengah orang masih degil dan memandu dengan cara sendiri. Salah siapa sebenarnya? Kepada yang mempunyai kenderaan, patuhilah undang-undang jalanraya. Jangan pentingkan diri ketika di jalanraya. Fikirlah pemandu jalan raya yang lain. Jangan disebabkan sikap anda, nyawa orang lain menjadi gadaian. Anda mampu mengubahnya !

No comments