Facebook Dihujani Gambar Lucah - Terowong Informasi

Breaking News

Facebook Dihujani Gambar Lucah




Bro merupakan pengguna Facebook setiap hari untuk mengetahui berita terkini dan khabar rakan bro. Setiap hari akan ada cerita yang menarik yang dikongsikan dari rakan kita sendiri. Berita-berita ini boleh diambilkira tetapi perlu diselidik dahulu kerana takut ianya adalah fitnah.



Jika bro scroll pada news feed facebook bro, pasti akan terjumpa gambar lucah yang dipercayai kebanyakkan di page group. Setiap hari akan terjumpa gambar-gambar ini. Gambar ini membuatkan bro kurang senang kerana ia melanggar privasi kita sebagai pengguna. Cuba bayangkan ada budak sedang duduk dengan kita tiba-tiba ternampak gambar lucah.Pasti budak tersebut akan bertanya apakah itu?

Itu bagi kita tetapi bagaimana pula pengguna tersebut adalah budak di bawah umur? Pasti mereka akan klik pada gambar tersebut untuk mengetahui apakah gambar disebalik gambar tersebut. Dengan ini, ia boleh merosakkan minda kanak-kanak tersebut dan menyebabkan juga gejala sosial semakin teruk. Ibu bapa perlu mengawasi aktiviti anak anda ketika melayari facebook. Apa yang bro ketahui, gambar lucah beserta pautan tersebut merupakan virus tetapi ramai yang tidak tahu. Jadi, berhati-hati dan gunalah Facebook sebagai sumber ilmiah bukannya sumber nafsu serakah.

No comments