Layakkah Kita Bergaji Besar - Terowong Informasi

Breaking News

Layakkah Kita Bergaji Besar



Kalau kita fikirkan mengenai kerjaya, pasti anda sekarang yang sudah bekerja ada sedikit merungut pasal kerja. Tidak kiralah anda merungut pasal apa tetapi pasal gaji merupakan rungutan utama. Lihat posisi anda bekerja sekarang sama ada anda seorang admin, admin assistant, technician atau sebagainya, gaji yang anda dapat adakah berbaloi apa yang anda lakukan?

Sebagai contoh jika anda seorang admin, adakah anda seorang pekerja yang berdedikasi atau berdisiplin semasa di tempat kerja? Adakah anda datang kerja awal sebelum waktu bekerja? Adakah anda lakukan kerja dengan sempurna? Bermacam adakah yang akan dipersoalkan sebelum anda merungut pasal kerja ini.

Senyum Kambing

Semua orang tahu, kerja / tugas dalam islam adalah satu ibadat. Tidak kira anda bekerja sendiri ataupun makan gaji. Setiap manusia di dunia perlukan pekerjaan untuk menampung sara diri ataupun untuk keluarga. Jika kita mahukan gaji besar, kita kena cermin diri kita sendiri terlebih dahulu, adakah anda mampu pikul tugas yang berat dan mampu tanggung segala tanggungjawab? Jangan anda di masa tempat kerja sibuk melayari Facebook, Youtube, Twitter, Whatapps dan sebagainya. Anda boleh lakukan semua itu tetapi di waktu rehat sahaja bukan di masa kerja. Waktu kerja, anda perlukan fokus 200% terhadap kerja. Kalau tidak kerja nak buat, bantu rakan sekerja anda. Barulah majikan nampak kesungguhan anda bekerja. Tidak mustahil majikan anda akan menaikkan gaji anda yang setimpal dengan tugas yang anda lakukan.

Sebenarnya, suasana tempat kerja semuanya sama sahaja walaupun berlainan bidang syarikat atau perusahan. Jangan pandang taraf pendidikan anda yang rendah dan tidak boleh berjaya dalam kerjaya. Anda boleh lakukannya jika kemahuan anda itu ada. Di situ ada kemahuan di situ ada jalannya. Jadi, janganlah anda merungut dengan tugas anda. Cintailah tugas anda dan anda mampu mengubahnya.

No comments