Perbezaan Hari Raya Dahulu Dan Sekarang - Terowong Informasi

Breaking News

Perbezaan Hari Raya Dahulu Dan Sekarang



Sekarang kita sudah berada di musim perayaan iaitu Hari Raya Aidilfitri setelah sebulan kita berpuasa. Hari Raya Aidilfitri juga memberi maksud kemenangan kita mengharungi liku-liku dalam segala ujian ketika di bulan puasa.

Hari ini, bro ingin menyentuh mengenai perbezaan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada era 80an dan era Generasi Y kini. Pada pandangan Bro, ia memang sangat berbeza kerana mengikut peredaran zaman. Antara perbezaan ketara adalah dari segi persiapan raya, kuih muih, malam tujuh likur dan sambutan hari raya tersebut.

Ketupat Dan Rendang


Ketupat dan rendang masih lagi kita hidangkan dan dijadikan hidangan utama setiap rumah. Ada juga lemang yang dihidangkan jika ketupat tiada untuk sebagai ganti. Berbalik pada persiapan Hari Raya, jika anda lahir pada era 70an, anda pasti ingat akan Kad Raya yang wajib anda beli di pasaraya berdekatan anda.

Kad Raya Tradisional


Ada yang mempunyai lagu dan ada yang biasa-biasa sahaja. Fungsi kad raya ini bertujuaan untuk memberi ucapan kepada rakan-rakan yang jauh dan juga pada sanak saudara. Ada juga menjadikan kad raya sebagai hiasan untuk digantung. Last Bro dapat kad raya adalah tahun 2003 iaitu lepas habis sekolah dan kini langsung tidak dapat lagi. Tapi zaman sekarang, Kad Raya telah ditelan zaman walaupun ada masih menjualnya. Kita lebih tertumpu pada Kad Raya Elektronik seperti di Whatapps, Email, Facebook, Twitter dan sebagainya.

Malam Tujuh Likur


Malam Tujuh Likur, pasti anda yang lahir pada era 2000 tidak tahu apakah malam tujuh likur ini? Ia merupakan malam sibuk untuk penyediaan lampu pelita yang diperbuat dari buluh dan ada juga menggunakan tin susu. Dengan adanya pelita ini, ada sesetengah kampung membuat pertandingan rumah tercantik bagi memeriahkan suasana tersebut. Di masa ini juga, kanak-kanak pasti tidak melepaskan peluang bermain bunga api dan mercun. Berbeza zaman sekarang, kita lebih banyak duduk di dalam rumah dan mengadap Facebook dan Whatapps sahaja.

Begitulah perbezaan antara sambutan Hari Raya dahulu dan sekarang. Terlalu banyak perbezaan yang kita nampak dan seharusnya, kita perlu kembalikan suasana seperti dahulu. Ia pasti memberi keseronokan dan kenangan yang cukup indah yang sukar dilupakan. Siapa lagi kalau bukan kita yang boleh menghidupkan suasana lama kembali. Betul tak? Insyaallah, kita cuba tahun hadapan..

No comments