Sejarah Asal Usul Ketupat - Terowong Informasi

Breaking News

Sejarah Asal Usul Ketupat




Ketupat, sejenis makanan yang dibungkus dengan menggunakan daun kelapa muda ataupun dengan menggunakan daun palas. Ketupat selalunya dihidangkan pada Hari Raya Aidilfitri dan juga pada Hari Raya Aidiladha. Tanpa ketupat, ia tidak memeriahkan suasana hari raya tersebut dan menjadikan ketupat adalah makanan tradisi.



Tahukah anda dimana asal usul ketupat ini? Mengikut sejarah, ketupat mula dijumpai pada tahun 1700 dan diilhamkan oleh insan bernama Sunan Kalijaga. Beliau memperkenalkan makanan ini di tanah jawa pada ketika itu. Beliau juga yang membudayakan pemakanan ketupat ini pada Hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Simbolik pada pemakanan yang dicipta ini adalah menunjukkan kebersihan dan kesucian hati untuk memohon ampun maaf kepada sesama manusia setelah kita berpuasa selama sebulan. Ia juga menunjukkan perpaduan antara sesema bangsa dan juga insan tanpa mengira agama.

Ketupat ini kita boleh dijumpai di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan juga Filipina. Nama lain bagi ketupat adalah Kupat, bugnoy, tipat, katupat dan juga puso. Walaupun makanan ini nampak biasa tetapi ia sangat simbolik dan ada maksud tertentu. Jangan tahu makan sahaja tanpa mengetahui sejarah ketupat ini.

No comments