Suasana Pejabat Seperti Di Dalam Hutan
Lazimnya, suasana pejabat yang biasa kita jumpai adalah seperti di kawasan perdagangan, industri dan kawsan bandar. Bagi kawasan bandar, pemandangan yang kita dapat lihat cumalah bangunan pencakar langit sahaja. Itu yang biasa kita lihat.
Terdapat satu pejabat mempunyai suasana yang cukup menarik dan lain dari yang lain. Pejabat ini bersuasanakan seperti di dalam hutan. Lokasi pejabat ini adalah terletak di Madrid, Sepanyol. Ia nampak pelik tetapi bro sukakan kawasan persekitarannya. Sangat unik, aman damai dan suasana yang 'fresh' dari kesibukan kota. Pejabat ini berbentuk tiub yang direka oleh arkitek Spenyol, Jose Selgas dan Lucia Cano. Kedua-dua arkitek ini mencipta kelainan yang menjadikan pejabat kawasan yang indah dan mampu hilangkan stress di tempat kerja.
Jika anda memasuki bangunan ini, mata anda akan berada pada paras aras lantai hutan dan menjadikan anda betul-betul berada di dalam hutan. Bro tidak dapat bayang betapa seronoknya jika bekerja seperti di dalam pejabat ini. Tengah buat kerja, boleh nampak arnab berlegar-legar, burung berterbangan dan macam-macam lagi. Unik bukan pejabat seperti ini?
No comments
Post a Comment