10 Jenama Terkenal Made In Malaysia - Terowong Informasi

Breaking News

10 Jenama Terkenal Made In Malaysia


Jika pergi ke pusat membeli belah seperti Time Square, KLCC, MidValley Megamall dan sebagainya, pasti akan kelihatan butik-butik yang gah didalamnya. Jenama seperti Bonia, Padini concept memang senang dijumpai dalam pusat membeli belah ini. Tapi, tahukah anda ada jenama gah adalah Made In Malaysia? Jom teruskan membaca apakah 10 Jenama terkenal Made In Malaysia :

1. Bonia

Bonia

Jenama Bonia memang asal dari Malaysia dan bukannya dari Itali. Konsep dan inspirasinya cuma ke arah Itali dalam rekaan mereka ini. Bonia Coporation Berhad telah ditubuhkan pada tahun 1971 oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan SS Chiang. Pada tahun 1977 beliau melawat Pameran Perdagangan di Bologna, Itali di mana beliau telah diilhamkan oleh karya seni pengukir abad ke-16, Giambologna.

2. San Francisco Coffee

San Francisco Coffee

Pasti ramai yang tidak sangka jenama ini adalah dari Malaysia dan bukannya dari San Francisco, Amerika Syarikat. Pemiliknya dahulu seorang warganegara Amerika dan menetap di Malaysia agak lama. Kegemaran beliau terhadap kopi yang membuatkan beliau membuka perniagaan ini pada 1997 dan diberi nama San Francisco Coffee.

3. Ogawa

Ogawa

Ogawa bukan jenama dari Jepun ataupun Korea Selatan. Ia adalah Made In Malaysia. Pemilik Ogawa, Wong Lee Keong dan Lim Poh Khian merupakan rakyat Malaysia yang membina jenama Ogawa ini pada tahun 1996 sehingga ke hari ini. Kita sebagai rakyat Malaysia kena ucapkan terima kasih kepada mereka kerana dengan adanya mereka adalah kerusi urut yang selesa walaupun kosnya agak mahal.

4. Flipper

Flipper

Fipper adalah jenama bagi selipar yang menyerupai selipar jepun. Selipar ini boleh dikatakan selipar Jepun taraf 5 bintang. Ia setanding dengan jenama Roxy, iPanema dan sebagainya. Yang dibanggakan adalah ia jenama dari Malaysia. Jack Lim mengasaskan jenama ni pada tahun 2008 dengan harga selipar daripada RM13 ke RM23 sepasang dan diperbuat daripada getah Thai dengan logo gajah kecil. 

5. British India

British India

Ia bermula pada tahun 1994, dimana ia diasaskan oleh rakyat Malaysia bernama Pat Liew. Beliau yang mempunyai pengalaman luas dalam arena fesyen ini merupakan nadi pada jenama British Inda ini. Nama bukan bermakna ia dari luar negara tetapi apa yang diterapkan dalam konsep rekaan baju mereka adalah Classic, Yoga, Traveler, Adventure dan sebagainya.

6. Padini

Padini

Padini antara jenama kegemaran rakyat Malaysia memandangkan harganya yang berpatutan dan banyak pilihan. Di bawah Padini Holdings Bhd terdapat juga jenama lain seperti Seed, P&Co, PDI, Miki, Vincci dan Brands Outlet. 

7. Vochelle

Vochelle


Chocolate old-skool Vochelle bukanlah dari Switzerland walaupun diedarkan oleh Maestro Swiss Group. Mereka dengan bangganya meletakkan asal usul mereka di bawah ‘Company Values’.

8. The Manhattan Fish Market

The Manhattan Fish Market

Jenama yang namanya di ambil dari luar negara tetapi asal usulnya dari Malaysia. Berapa ramai yang sangka jenama ini dari Manhattan? Diasaskan oleh George Ang dan Dr Jeffrey Goh merupakan sahabat baik yang sangat bangga dengan identiti rakyat Malaysia mereka pada jenama yang terselindung ini.

9. Lewre

Lewre

Ramai yang tahu Jimmy Choo seorang rakyat Malaysia. Tapi jenama Lewré juga dari Malaysia sebenarnya  Ia diasaskan oleh Datuk Lewré Lew pada tahun 1997 yang juga anak murid Jimmy Choo. Kini rekaannya ada di seluruh dunia.

10. Gardenia

Gardenia

Roti popular di Malaysia yang berslogankan 'Sungguh enak di makan begitu saja". Gardenia Food Industries diasaskan di Kota Kinabalu Sabah. Dari segi bungkusan nampak seperti rotti luar negara tetapi ianya dari Malaysia. Bangga tidak?

1 comment

zurin said...

nama mcm international punya..bagus org Malaysia!