3 Punca Kemerosotan Penonton Di Stadium Larkin - Terowong Informasi

Breaking News

3 Punca Kemerosotan Penonton Di Stadium Larkin



Sejak kebelakangan ini, kemerosotan penonton di Stadium Larkin amat membimbangkan terutama sekali DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor selaku Penaung Di Raja Bola Sepak Negeri Johor. Baginda amat sedih melihat reaksi penonton yang makin berkurangan dan tidak tahu apakah puncanya. Bro mempunyai beberapa pendapat mengenai punca kemerosotan penonton di Stadium Larkin ini. Ia berpunca dari :

1. Jadual Perlawanan

Johor Darul Ta'zim


Jika di lihat jadual perlawanan Liga Super, ia adalah jadual yang amat padat di mana perlawanan ini dilangsungkan pada hari Selasa dan Sabtu. Jika dilangsungkan pada hari selasa, pasti ramai penyokong tidak dapat hadir ke stadium kerana kekangan masa dan jarak ke stadium amat jauh. Bayangkan jika ada penyokong dari Muar, ia mengambil masa beberapa jam untuk sampai ke Stadium tersebut dan belum lagi fikir untuk kembali ke rumah masing-masing. Pasti kebanyakan penyokong keesokkannya bekerja dan menyebabkan mereka letih.

2. Jualan Tiket 

Johor Darul Ta'zim

Stadium Larkin dikatakan antara tiket paling murah di Malaysia buat ketika ini. Dengan hanya RM10 sahaja, anda layak masuk ke stadium. Tapi malangnya, ia dijual secara manual dan anda perlu beratur panjang untuk mendapatkan tiket. Ingat lagi ketika JDT baru muncul di liga Super, ramai yang sanggup beratur seawal 12 tengah malam untuk mendapatkan tiket tetapi kini, tiada lagi suasana seperti itu. Adakah penonton sudah bosan dengan menunggu lama tetapi akhirnya tiket habis dijual? PBNJ perlu melakukan perubahan drastik seperti membuat sistem jualan atas talian bagi memudahkan penyokong membeli tiket. Jadi jika penyokong dari jauh seperti di Muar, Batu Pahat, Kluang dan sebagainya, boleh membeli dan mengatur perjalanan untuk ke stadium. Jika tidak, in puncanya.

3. Pemain Bintang Antarabangsa

Johor Darul ta'zim

Johor Darul Ta'zim pernah mengikat pemain berstatus bintang seperti Daniel Guiza dan Pablo Aimar ketika dahulu. Stadium Larkin boleh dikatakan 'Full House' setiap perlawanan kerana mahu melihat pemain bintang bermain di Stadium Larkin. Siapa tidak mahu ketinggalan melihat pemain antarabangsa yang jarang kita lihat di Liga Malaysia. Tapi ia peristiwa dahulu. Sekarang, Johor Darul Ta'zim (JDT) mempunyai seorang pemain bintang iaitu Luciano Figueroa. Walaupun beliau seorang penyerang Prolifik JDT, ia gagal membawa minat penyokong kembali memenuhi stadium walaupun JDT kini dalam prestasi terbaik. PBNJ kena mencari "marketing" baru untuk mendapatkan pemain Bintang Antarabangsa bagi menarik kembali peminat datang ke stadium. Sebagai contoh, jika PBNJ mengeluarkan bajet untuk mendapatkan Fernando Torres / Ronaldinho / Didier Drogba atau sebagainya, bro yakin penonton akan kembali datang ke stadium untuk melihat kelibat pemain ini.

Tiga perkara di atas ini adalah pendapat bro sahaja. Mungkin ada benarnya mengapa penyokong kurang ke stadium walaupun Bro lihat, semangat JDT di Johor sangat kuat. Lihat sahaja di mana-mana di sekitar Johor, lambang dan jersey JDT pasti akan kelihatan di sana sini. Semangat sudah ada tapi pasti ada silapnya. Silapnya di mana? tepuk dada tanya diri sendiri...


No comments