Issey Nakajima & Nasi Dagang
Pemain Import Terengganu, Issey Nakajima sangat meminati makanan Malaysia terutamanya Nasi Dagang. Pemain kacukan Jepun-Kanada ini mula bersama skuad bola sepak Terengganu untuk saingan Liga Super 2015 ini mula serasi bermain di liga Malaysia.
Mungkin suasana di negara ini membuatkan Issey Nakajima gembira dan suka dengan makanan yang ada di Malaysia ini. Dalam video di atas menunjukkan beliau gemar dengan nasi dagang dan beliau sendiri tidak tahu mengapa beliau suka makanan tersebut.
Prestasi Issey Nakajima bersama skuad Terengganu semakin baik dan banyak peningkatan yang beliau lakukan bersama Terangganu. Apa yang menariknya, beliau telah mendapat panggilan 'call up' national team Kanada untuk saingan Kelayakan Piala Dunia 2018. Tahniah diucapkan kepada beliau.
No comments
Post a Comment