Maksud Di Sebalik Logo Jenama Kereta Terkenal
Setiap jenama kenderaan di dunia ini pasti mempunyai logo tersendiri bagi orang kenal model kenderaan terbabit. Setiap logo kenderaan seperti Ferrari, Honda, Toyota dan sebagainya pasti mempunyai maksud tersendiri dan sejarahnya. Bro akan terangkan satu persatu apakah maksud logo jenama kenderaan yang terkenal di dunia sekarang :
Alfa Romeo
Dalam logo ini, anda akan dapat melihat lambang salib dan seekor naga. Maksdu lambang Salib merah adalah untuk mengingati jasa Giovanni Da Rio yang terkenal sebagai orang pertama yg memanjat tembok Jerusalem dan mengibarkan bendera ini ketika perang salib I. Simbol sebelahnya adalah gambar naga pemakan manusia yang konon menghabiskan penduduk Milan pada awal abad 5 Masehi.
BMW
Logo ini adalah sebahagian dari bendera Bavaria dan juga menunjukkan bahawa BMW pernah membina enjin pesawat tempur ketika Perang Dunia 2.
Ferrari
Satu jenama yang amat terkenal di dunia sehingga sekarang. Lambang kuda Ferrari yang terkenal ini berasal dari lambang Ace (pesawat terbang) Angkatan Udara Itali ketika perang dunia 1, milik Count Francesco Baracca. Lambang ini ditulis di samping pesawatnya sebagai pembawa kejayaan.
Lamborghini
Jenama yang tidak asing bagi penggemar kereta dalam kategori Super Car, Lamborghini. Jenama yang berasal dari Italy dan merupakan seteru perniagaan dengan Ferrari. Maksud logo ini melambangkan zodiak pemilik (Kerbau = Taurus), Ferrucio Lamborghini.Dia juga pecinta pertunjukkan matador.
Lotus
Lihat huruf ACBC di atas tulisan Lotus? Ia adalah nama pengasas jenama ini, Anthony Colin Bruce Chapman. Pasti anda baru mengetahuinya maksud ACBC itu bukan?
Audi
Lambang 4 cincin bersatu mempunyai maksud dari 4 syarikat besar; Audi, DKW, Horch, dan Wanderer. Audi dalam bahasa latin bererti 'mendengar'. Dalam bahasa Jerman, Horch (salah satu pengasas syarikat ini), ertinya juga mendengar. Maka dari itu, agar lebih umum, nama Audi lah yang dipakai.
Subaru
Erti 'subaru' adalah 'bersatu'. logo ini juga menggambarkan gugusan bintang Pleiades dalam jajaran Taurus, yang dimana terdiri dari 6 bintang yang boleh dilihat dengan mata kasar. Dalam mitos Yunani, Atlas, dewa pengangkat beban, anak-anak perempuannya menjelma menjadi 6 bintang ini.
Volvo
Volvo bererti 'aku pergi' dalam bahasa latin. Lambang jantan disitu bukan bererti lelaki, tetapi lambang kuno besi, dimana besi sangat melimpah di Sweden.
No comments
Post a Comment