Uber Dan GrabCar Salah Di Sisi Undang-Undang
Perkhidmatan Uber dan Grabcar merupakan satu perkhidmatan baru di Malaysia di mana kereta peribadi anda dijadikan sebuah teksi untuk membawa penumpang ke destinasi yang dituju. Perkhidmatan Uber dan Grabcar sudah lama wujud di luar negara terutamanya di USA, London dan China.
Pada mulanya, Bro berminat dengan konsep yang dilakukan oleh Uber kerana ia membolehkan kereta peribadi kita dijadikan sebagai pendapatan sampingan tetapi malangnya, di adalah salah di sisi undang-undang pengangkutan di Malaysia. Bila sebut Uber atau Grabcar, pasti pemandu teksi akan marah dengan kewujudan ini kerana pengguna mula menggunakan perkhidmatan Uber dan Grabcar. Mana tidaknya, Uber dan Grabcar menggunakan kereta peribadi dan semestinya ia selesa berbanding dengan teksi di Malaysia.
Pada pendapat bro, punca Uber dan Grabcar menjadi pilihan orang awam kerana jenis kenderaan dipandu dan juga keselesaan dari segi kebersihan. Ada sesetengah teksi yang bro lihat tidak menjaga tahap kebersihan kenderaan tersebut dan ada juga kes penipuan tambang yang dikenakan.Dengan Uber, anda tidak akan ditipu kerana cas bayaran adalah mengikut dari aplikasi Uber yang disedikan.
Sebagai contoh anda dari Bukit Jalil nak ke KLCC, kadar bayar dengan menggunkan teksi RM20 tetapi dengan menggunakan Uber, mungkin ia dikenakan RM17.00. Lagi satu, pemandu Uber akan menggunakan sistem GPS yang ditetapkan oleh Uber. Jadi, pemandu tersebut tidak boleh ikut jalan sesuka hati berbanding dengan teksi. Jadi, dimana silapnya. Jangan persalahkan pengguna tidak menggunakan teksi awam kerana sebab ini. Jika servis anda bagus, pasti pengguna akan memilih teksi sebagai pengangkutan awam yang utama.
Operasi menangkap pemandu perkhidmatan haram grabcar di sekitar lembah kelang!Syabas SPAD dengan kerjasama JP lembah kelang.Peringatan kpd pemandu uber & grabar hentikan perkhidmatan haram anda!Jangan sampai anda tertangkap!
Posted by Kami membantah Uber dan Grabcar on Monday, August 10, 2015
No comments
Post a Comment