5 Kebaikan Mentega Kacang Yang Anda Tidak Tahu - Terowong Informasi

Breaking News

5 Kebaikan Mentega Kacang Yang Anda Tidak Tahu


Mentega Kacang

Sesetengah orang tidak meminati mentega kacang kerana ianya manis dan berlemak. Dipasaran, terdapat pelbagai jenama kita perolehi dan harganya mengikut kemampuan masing-masing. Tahukah anda, mentega kacang mempunyai kebaikan tersendiri yang anda tidak tahu. Jom kita lihat apakah 5 kebaikan ada pada mentega kacang ini :

1. Membina Otot

Dalam mentega kacang, terdapat protien penting untuk membina dan memperbaiki otot dalam tubuh manusia. Selain dari itu, ia dapat menahan rasa lapar yang lama berbanding dengan sarapan yang lain.

2. Menjaga Kesihatan Jantung

Selain kaya dengan Protien, mentega kacang juga mengandungi lemak tidak tepu. Lemak tidak tepu ini mampu melindungi kesihatan terutama jantung dari penyakit kardiovaskular. Jika pengambilan yang banyak, ia tidak berbahaya.

3. Menguatkan Tulang

Mentega kacang juga mengandungi kalsium dan megnesium yang tinggi bagi menguatkan tulang. Bukan sahaja baik untuk kanak-kanak, ia juga sesuai untuk orang dewasa dari mencegah penyakit osteoporosis.

4. Membaiki Saluran Pencernaan

Ia mengandungi serat yang baik bersama protien dan nutrisi yang lain. Jika anda mengalami masalah percernaan, pengambilan mentega kacang juga baik untuk anda. Jangan fikirkan pisang sahaja boleh memulihkan pencernaan anda, mentega kacang juga boleh.

5. Meningkatkan Kesihatan Kulit

Dengan kandungan protein, kalium, magnesium, antioksidan, serat, dan juga lemak tidak tepu sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Jika kita amalkan, pasti kita kelihatan muda sentiasa.




No comments