Bahagian Badan Wanita Ini Dipotong Kerana Tidak Berfungsi - Terowong Informasi

Breaking News

Bahagian Badan Wanita Ini Dipotong Kerana Tidak Berfungsi


Ashley Kurpiel

Seorang wanita menghidap satu penyakit ganjil apabila tubuhnya perlahan-lahan berubah menjadi seperti batu apabila otot-ototnya setiap hari semakin mengeras dan tidak berfungsi. Penyakit ini hanya terdapat 800 orang di dalam dunia ini yang mengidap penyakit seperti Ashley Kurpiel ini.

Ashley Kurpiel

Penyakit ini secara berperingkat mengubah otot, tendon dan ligamennya menjadi tulang pejal. Namun, sehingga kini tidak ada rawatan khusus untuk mengubatinya. Bagi situasi Kurpiel, tangan kanan, otot kaki dan beberapa bahagian tubuhnya perlahan-lahan menjadi lumpuh.

 “Saya tidak tahu sampai bila tubuh saya boleh bergerak, jadi saya mahu meneruskan hidup dan mengumpul momen-momen menarik dalam hidup saya sedaya yang mungkin,”ujarnya.

 Berikutan keadaannya itu, doktor terpaksa memotong tangan kanannya yang tidak lagi berfungsi.

No comments