Penggunaan Hoverboard Di United Kingdom Diharamkan - Terowong Informasi

Breaking News

Penggunaan Hoverboard Di United Kingdom Diharamkan



Hoverboard semakin digilai oleh rakyat Malaysia dan juga di seluruh dunia kerana ia satu alat yang mempercepatkan perjalanan. Ramai juga artis di Malaysia memperkenalkan Hoverboard ini di alam maya seperti Hafiz, Adira, Erra Fazira dan ramai lagi tetapi di United Kingdom, ia telah diharamkan oleh pihak berkuasa di sana.


Ramai yang membantah dan tidak puas hati atas arahan pengharaman ini dilakukan. Pihak berkuasa di sana berkata menunggang satu kenderaan aneh di jalan raya atau di laluan pejalan kaki adalah satu kesalahan jenayah di bawah seksyen 72, akta lebuhraya 1835. Bukan sahaja di United Kingdom tetapi di Scotland juga melarang penggunaan alat ini di bawah akta jalan raya (Scotland) 1984, di mana ia tidak boleh digunakan di kaki lima.

Di Malaysia, belum ada lagi kata putus oleh pihak berkuasa mengenai penggunaan Hoverboard ini. Tapi apa yang bro boleh bayangkan, penggunaan alat ini memang canggih tetapi ia boleh menjadikan manusia semakin malas untuk berjalan. Pasti, penggunaan alat ini tidak dapat membakar lemak di badan jika kita tidak berjalan seperti biasa. Guna tidak salah tetapi tepuk dada tanya sendiri.

No comments