Rakaman Lelaki Melayu Pukul Pekerja Bangla Di Kedai Cuci Kereta - Terowong Informasi

Breaking News

Rakaman Lelaki Melayu Pukul Pekerja Bangla Di Kedai Cuci Kereta


Lelaki Melayu Pukul Bangla

Satu rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki melayu berang dengan seorang pekerja bangla kerana masuk ke dalam keretanya ketika keretanya sedang dibersihkan. Alasan pertengkaran lelaki melayu ini denga pekerja bangla ini adalah keretanya menjadi kotor bila pekerja tersebut masuk ke dalam kereta.




rakaman cctv seorang lelaki melayu memukul seorang bangla yg tgh cuci kereta kerana marah bangla masuk dalam kereta dan myebabkan keretanya kotor... mungkin bangla tu kotor berpakaian lusuh dan hina... kemudian tidak mahu membayar sebaliknya meminta wang rm1000 kerana duduk dan mengotorkn keretanya ketika mengelap cermin...siapa pun kita, sekaya mana pun kita... jgn terlalu angkuh dan bongkak dgn mereka yg dipandang hina... npk mmg sikit... tp smp skrg darah x berhenti... bangla refer klinik... klinik kata patah/bengkak teruk n refer hospital* semoga diberi hidayah kpdnya...
Posted by Media Info Semasa on Saturday, October 17, 2015

Pada pandangan Bro, pekerja bangla tersebut masuk ke dalam kereta terbabit adalah untuk mengelap di bahagian dalam tetapi apa yang perlu lelaki melayu ini marah dan berang. Dengan ketidakpuasan lelaki melayu ini, beliau meminta ganti rugi RM1,000.00 kerana mengotorkan ruang dalam kereta beliau. Wajarkah lelaki ini berlaku biadap seperti itu terhadap pekerja bangla ini? Adakah salah sangat pekerja itu melakukan tugas yang baik untuk mencari rezeki? Sudahlah memukul pekerja terbabit tanpa belas kasihan. Ini pula lagi mahu meminta ganti rugi. Kalau itu salah, cucilah sendiri kereta itu. Betul tidak?

Janganlah kita riak dengan harta yang kita ada. Harta kita di dunia ini adalah hanya sementara dan kita hanya pinjam dari Allah S.W.T. Semua ini milik DIA dan bukannya kita. Apa pandangan anda mengenai video ini?


No comments