Tempe Merupakan Makanan Paling Mewah Di Jerman
Tahukah anda, tempe merupakan makanan paling mewah di Jerman kerana harga penjualannya lebih mahal dari sekilo peha ayam. Penjualan tempe ini hanya boleh di dapati pasaraya yang menjual barangan daripada Asia sahaja seperti di pasaraya Vihn Loim milik dari orang Vietnam.
Kos untuk membeli tempe seberat 400 gram adalah berharga 1.79 Euro bersamaan dengan RM9.00. Inilah perbezaan harga tempe di Jerman dan Malaysia. Mungkin faktor kos penghantaran yang agak mahal menjadikan faktor utama tempe di jual dengan agak mahal. Namum, kepada peminat tempe yang tinggal di Jerman, harga bukan masalah besar asalkan dapat merasa makanan tradisi ini walau di mana sekalipun.
Bro dapat tahu bahawa di Jerman, terdapat satu syarikat telah menghasilkan sendiri tempe dan masih menggunakan nama asal iaitu 'Tempe'. Syarikat yang menghasilkan tempe sendiri di Jerman adalah Syarikat Natural Vegetarian Food.
2 comments
Wow!!!
terkejut ye
Post a Comment