Isu Nenen Jadi Panas Di Laman Sosial - Terowong Informasi

Breaking News

Isu Nenen Jadi Panas Di Laman Sosial

Penyusuan Ibu

Bermula dari semalam, Amran Fans ada menegur seorang ibu muda yang meng'upload' gambar di Facebook semasa melakukan penyusuan badan. Teguran tersebut mendapat kritikan dari ibu muda ini dan mula melakukan serangan balas atas teguran Amran Fans.

Status Amran Fans

Apa yang dilakukan oleh Amran Fans adalah betul kerana memuatnaik gambar semasa menyusukan badan kurang sesuai tunjukan kepada umum. Memang benar, tidak nampak payudara ibu muda tersebut tetapi gambar tersebut pasti akan diekploitasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab nanti. Bayangan anda sedang menyusukan anak anda dikhalayak ramai dan ada lelaki lain merenung anda, adakah anda tidak terasa malu dan selesa? Atau anda rasa bangga ada lelaki cuba melihat payudara anda?

Perbezaan Ibu Zaman Dahulu Dan Sekarang

Penyusuan ibu adalah lebih bagus berbanding susu formula. Itu tidak disangkal lagi. Apa yang Amran Fan cuba ketengahkan adalah sikap ibu muda yang tidak ada perasaan malu memuatnaik gambar yang tidak sesuai ditunjukan kepada umum. Cuba tanya ibu anda, adakah ibu anda memberi penyusuan ibu secara terang-terangan dikhalayak ramai? Mereka pasti akan mencari tempat tersorok sedikit dari dilihat orang lain. Takut aurat mereka terdedah.



Kesian admin tengok diorang ni.Nampak sangat diekploitasi.Yang lelaki pulak tukang ambik gambar n video.Serius admin rasa malu bila tengok video ni.Hak breastfeeding tu hak korang dan ia memang elok.Tapi xkan sampai kat tempat awam?Yang dok fokus kena breastfeeding dalam jamban tu buat apa?Surau kan ada..Lagipun rasanya dah banyak dalam supermarket atau Mall yang sediakan ruang untuk ibu menyusukan anak mereka sekarang..Dok ikut orang kafir buat flashmob,korang pun nak buat flashmob..Sedar x yang korang tu ISLAM..Ada nampak kaum lain yang bersungguh dalam video ni??
Posted by The TuDokkor on Sunday, January 10, 2016
Janganlah terlalu ego sangat mengenai isu ini. Teguran ini bukan bermakna ingin mengutuk penyusuan ibu tidak bagus tetapi tingkahlaku dan adab sopan yang sebenarnya diketengahkan. Bro sendiri geleng kepada melihat video di atas ini. Para ibu-ibu muda sana, jadikan ia satu pengajaran. Jangan satu hari nanti, terdapat 'page' yang mengaibkan para ibu yang sedang menyusukan anak nanti. Manusia rambut sama hitam tetapi nafsu lain-lain.


No comments