Review : Pampers Molfix Setanding Jenama Terkenal - Terowong Informasi

Breaking News

Review : Pampers Molfix Setanding Jenama Terkenal

Pampers Molfix Malaysia

Kepada ibu bapa di luar sana pasti inginkan pampers untuk si kecil berkualiti dan murah. Dengan kos sara hidup yang semakin tinggi ketika ini, pasti semua ibu bapa di luar sana ingin berjimat cermat dalam perbelanjaan harian. Pampers berjenama tidak semestinya bagus dan berkualiti sangat kerana 'jenama' sahaja yang menguatkan produk mereka ini. Bro telah menggunakan pelbagai jenama popular di luar sana untuk si kecil ini.

Pampers Jenama Molfix yang Bro review kali ini merupakan satu jenama asing dan tidak terdapat di Malaysia. Bro sudah cuba mencari di carian 'Google' tetapi ianya hanya jual di luar negara sahaja. Bro dikenalkan produk ini melalui Agen di Malaysia melalui facebook. Setelah menerima sample pampers ini, ia sangat memeranjatkan. Apakah ia, mari teruskan membaca :

Kualiti Pampers


Molfix Malaysia

Kualiti pada pampers ini sama seperti jenama mahal di luar sana. Bro cuba bandingkan antara Jenama Molfix dan Jenama Drypes, ternyata pampers Molfix agak tebal sedikit berbanding jenama Drypes dan Mami Poko. Kainnya juga lembut dan tidak panas jika digunakan.

Lapisan Biru Yang Lebih Panjang

Pampers Molfix

Perbandingan Molfix Dan Drypes

Lapisan Biru ini bertujuan untuk menyerap cecair bagi mengelakan kulit si kecil jadi basah atau lembab. Lapisan biru ini memang terdapat di mana-mana jenama pampers yang lain tetapi ukurannya pendek berbanding jenama Molfix yang lebih panjang. Bro telah cuba kepada anak sendiri dan ternyata, boleh tahan sehingga 8-10 jam penggunaan.

Pelekat Pampers

Molfix Malaysia

Pelekat Pampers ini menggunakan teknologi 'Magic Tape'. Ia boleh digunakan berulang kali tanpa koyak. Kualiti "Magic Tape" ini sama sahaja seperti jenama terkenal yang lain. Bila dilekatkan, ia nampak kemas dan seakan anda menggunakan Pampers berjenama.

Leak Guard / Waistband Berkualiti


Molfix Malaysia

Getah di tepi peha amat penting untuk penggunaan pampers pakai buang. Ia bagi mengelakan kebocoran semasa di pakai dan yang penting adalah keselesaan si pemakai. Di Pampers Molfix, ianya terdapat juga dan ia setanding dengan jenama terkenal.

Teknologi Dari Turkey

Pampers Molfix ini bukan jenama dari Asia tetapi ianya dari negara Turkey. Ia merupakan jenama nombor 1 di sana. Jika anda cari dipasaraya berdekatan dengan anda, pasti tidak akan jumpa. Ianya sangat 'rare' di pasaran tempatan malah lebih bagus dari jenama pencabar beliau iaitu Bosomi.

Harga Dan Size

Berikut adalah harga dan size :

S/80     : RM 30.00
M/74    : RM 32.00
L/68     : RM 34.00
XL/62  : RM 36.00

Penghantaran Percuma : Sekitar Serdang Sahaja manakala sekitar KL, sabtu atau ahad untuk pembelian 4 pack ke atas.

Nota : Harga diatas ialah harga retail tetapi Harga Promosi RM30 sahaja untuk semua size sehingga hujung bulan March. 



Kesimpulan

Hasil dari review dalam beberapa hari menggunakan Pampers jenama Molfix, ternyata ianya bukan calang-calang pampers murah di luar sana. Hasil review ini bukan untuk menguntungkan pengedar tetapi di review atas hasil kajian dan pendapat peribadi sendiri. Bro tidak akan 'recommend' kepada pembaca jika produk tersebut gagal menepati citarasa dan kualiti yang Bro sendiri nilaikan. Apa yang boleh dikatakan mengenai produk ini, Bro kategorikan "Superb Condition Pampers" setanding jenama terkenal yang lain. Pilihlah produk berkualiti demi untuk si kecil anda...

Hasil Penilaian :

Harga                 : *********        (9/10)
Kualiti                : *********        (9/10)
Kuantiti Pack    : ********          (8/10)
Pembungkusan  : ******             (7/10)

Jika berminat atau ingin mencuba Pampers jenama ini, boleh SMS / Whatapps +6019 9797 654

Fans Page : Lampin Murah Dan Berkualiti


No comments