2 Jenis Mee Rebus Popular Di Johor
Pasti ada peminat mee rebus di sini bukan? Bagi penggemar mee rebus, pasti anda tercari-cari yang manakah paling sedap dan di mana boleh didapati. Ya, mee rebus merupakan menu popular di Johor dan terdapat 2 jenis mee rebus yang cukup gah di sana.
Jika anda ke selatan tanah air, hidangan mee rebus merupakan menu terbaik untuk dicari kerana ia sukar didapati di negeri lain. Di Johor, terdapat dua jenis mee rebus popular iaitu Mee Rebus Hj Wahid dah Mee Rebus Tulang ZZ. Kedua-dua mee rebus ini mempunyai keunikan tersendiri malah ada juga peminat sendiri. Bro sebagai orang Johor, pernah merasai kedua-dua mee rebus ini dan ternyata sedap. Nak tahu apakah perbezaan mee rebus kedua-dua ini? Teruskan membaca..
Mee Rebus Hj Wahid
Mee Rebus Hj Wahid sudah lama bertapak di negeri Johor yang diusahakan oleh Hj Wahid sendiri. Nama Hj Wahid cukup popular dengan menu mee rebusnya sehinggakan mendapat sambutan sehingga ke negera seberang iaitu Singapura. Sedapnya mee rebus Hj Wahid ini adalah pada kuah dan campuran keropok rangup pada mee rebus tersebut. Ia sesuai dimakan panas-panas ditambah lagi dengan perahan limau nipis yang membuatkan mulut anda kecur. Kini, perniagaan Mee Rebus Hj Wahid diusahakan oleh anak beliau sendiri dan masih mengekalkan resepi rahsia kesedapan mee rebus tersebut. Lokasi yang anda boleh dapat Mee Rebus Hj Wahid original adalah seperti di Plaza Angsana dan di Kilang Bateri, Tampoi.
Mee Rebus Tulang ZZ
Mee Rebus ini sama popular dengan Mee Rebus Hj Wahid tetapi ia lain sedikit. Mee Rebus ini mempunyai "Killer" iaitu tulang lembu yang dihidangkan sekali dengan mee rebus. Mee Rebus ini memang tidak boleh didapati di mana-mana tempat kecuali di Jalan Petri, Johor Bahru. Lokasi Mee Rebus ini agak sukar dicari kerana ia berada di dalam kawasan perumahan. Walaupun ia tersorok, ramai artis di Malaysia sudah singgah ke Restoran ini untuk menikmati mee rebus tulang yang terbaik ini. Rasa mee rebus ini memang sangat terbaik dan pasti 1 pinggan anda tidak cukup.
Dengan kedua jenis mee rebus ini, pasti anda tidak sabar untuk mencubanya jika ke selatan tanah air. Rugi jika ke Johor tidak menikmati makanan ini. Jika anda sudah rasa sekali, pasti akan singgah sekali lagi..
No comments
Post a Comment