Kilang Bateri Johor Bahru Ada Tarikan Tersendiri - Terowong Informasi

Breaking News

Kilang Bateri Johor Bahru Ada Tarikan Tersendiri


Kilang Bateri Johor Bahru

Baru-baru ini, Bro sempat ke lokasi menarik di Johor Bahru iaitu di Kilang Bateri yang terletak di Jalan Tampoi, Kawasan Perindustrian Tampoi, Johor Bahru. Lokasi pada asalnya memang merupakan tapak kilang bateri berjenama Eveready. Kilang ini telah lama ditinggalkan dan setelah sekian lama, ia berubah wajah.

Joho.my

Bro agak tertarik dengan konsep yang dipamerkan dalam kilang ini. Ia boleh dijadikan tempat membeli belah yang selesa walaupun ia sebenarnya ruangan kilang. Pelbagai barangan yang dijual dan antara jenama yang popular JOHO, Tudung Neelofa, BoB (Aflin Shauki), Benang Hijau Collection dan banyak lagi.

Kilang Bateri
Kilang Bateri

Pada ruangan Food Court, yang ini sangat awsome. Pelbagai menu boleh dipilih samada menu masakan barat ataupun masakan tempatan. Apa yang Bro lihat, kebanyakan orang pasti akan memilih menu Chicken Chop kerana harganya cuma RM5.20 satu set. Rasanya, terbaik. Selain itu, terdapat juga menu popular iaitu Mee Rebus Haji Wahid, Rojak Asma Larkin, ABC, Spaghetti dan banyak lagi.

Jika anda mahu ke lokasi ini samada untuk lepak-lepak atau membawa keluarga makan di sini, ia pilihan terbaik. Tempatnya yang bersih dan mempunyai parking yang banyak. Yang penting, Parking FREE.


Alamat Lokasi :

No comments