Perkara Yang Sering Dengar Bila Masuk Ke Tempat Kerja Baru
Mengidamkan pekerjaan, suasana dan benefit yang bagus adalah idaman setiap orang terutama yang makan gaji. Untuk mencari pekerjaan pada zaman sekarang sangat mudah dan pantas tanpa kita mencari di segenap tempat dengan berjalan kaki. Dengan penggunaan perkhidmatan maya seperti Jobstreet, Mudah, Monster dan sebagainya adalah pilihan altenatif untuk pencari pekerjaan yang diidamkan.
Jika anda telah ditawarkan pekerjaan di salah sebuah syarikat sama ada syarikat korporat atau GLC yang lain, pasti anda akan teruja kerana berjaya masuk di dalam syarikat berkenaan. Akan tetapi, bila anda duduk di dalam syarikat terbabit, anda pasti akan mendengar cerita dari staff di situ bercerita mengenai syarikat. Apa yang diceritakan adalah :
1. Keburukan Syarikat
Pasti anda akan mendengar cerita ini dari pekerja yang telah lama berkhidmat di syarikat tersebut. Apa yang disampaikan semuanya buruk belaka tidak kira mereka berjawatan apa sekalipun. Ia seolah satu psikologi yang anda akan hadapi untuk menguji mental anda dan mentaliti persepsi anda terhadap syarikat.
2. Layanan Buruk
Pada hari pertama, pasti anda akan jadi seperti 'Blur' dan tidak tahu apa-apa mengenai tugasan anda yang anda lakukan. Jadi, bagi staff baru, terpaksalah bertanya sendiri kepada individu berkenaan satu persatu untuk mengetahui apakah atau bagaimanakah mahu melakukan tugas yang anda akan pikul, Ada kalanya, staff lama tidak mahu mengajar anda dan buat tidak tahu sahaja untuk menguji anda. Jika anda pemalu, matilah nak.
3. Perbezaan Gaji & Tiada Bonus
Benefit pada syarikat merupakan perkara yang amat sensitif terutama sekali mengenai gaji. Anda kena faham, bab gaji, kita dilarang sekali bertanya kepada staff lama. Ia kerana, setiap staff dalam syarikat mempunyai gaji berbeza walaupun berstatus senior atau junior. Ada juga gaji pekerja junior lebih besar dari gaji pekerja senior. Mengenai Bonus tahunan, janganlah anda mengharapkan sangat kerana ia bergantung pada keuntungan syarikat tersebut. Jika anda menghadiri mesyuarat pembentangan tahunan, dari situlah anda tahu untung rugi syarikat berkenaan.
Kesimpulan
Dari ketiga-tiga perkara yang anda dengar ini, anda abaikan sahaja kerana ia merupakan perkara biasa di dengar. Anda kena fikir, anda bekerja dengan orang dan bukannya syarikat berkenaan syarikat anda sendiri. Kita cuma makan gaji sahaja. Cukup bulan, gaji masuk sudahlah. Dan satu lagi, cuba anda fikirkan, bagaimana staff lama ini mampu bertahan lama walaupun mereka sendiri bercerita keburukan-keburukan syarikat berkenaan? Fikirkan..
No comments
Post a Comment