Perak Memperkenalkan Sistem Permohonan Daftar Cerai Melalui Atas Talian - Terowong Informasi

Breaking News

Perak Memperkenalkan Sistem Permohonan Daftar Cerai Melalui Atas Talian



Penceraian

Negeri Perak merupakan negeri pertama yang memperkenalkan satu sistem atas talian untuk proses penceraian. Sistem tersebut diberi nama MySolve ini memudahkan pasangan yang ingin berdaftar atau menuntut penceraian tidak perlu lagi ke mahkamah syariah berulang kali, sebaliknya boleh membuat permohonan dan hadir selepas itu.

My Solve Malaysia

Sistem ini sebenarnya bukan menggalakan penceraian di negeri tersebut tetapi memudahkan pasangan tanpa membuang masa di pejabat syariah negeri. Difahamkan, melalui sistem MySolve, permohonan penceraian boleh diselesaikan dalam masa 1 minggu sahaja berbanding dengan kaedah lama iaitu hampir 2 bulan. Penggunaan sistem MySolve ini akan dikenakan bayaran sebanyak RM50 setiap permohonan. Dengan ada sistem seperti ini, ia dapat mengurangkan kesesakan di kaunter mahkamah dan dapat memudahkan penjadualan kes di mahkamah.


No comments