Darah Belangkas Berwarna Biru? - Terowong Informasi

Breaking News

Darah Belangkas Berwarna Biru?


Darah Belangkas
Tahukah anda, belangkas mempunyai darah berwarna biru dan tiada di mana-mana spesis hidupan di dunia ini. Ia adalah satu-satunya hidupan yang mempunyai darah berwarna biru. Darah berwarna biru dari belangkas ini mempunyai nilai iaitu berharga RM17,500 (USD5,000) seliter di Amerika Syarikat. Untuk mendapat satu liter darah biru, nelayan perlu menangkap 115 ekor belangkas bersaiz kecil di Semenanjung Malaysia. Tapi hanya 45 ekor jika belangkas di perairan Sabah kerana saiz lebih besar.Darah biru belangkas disedut keluar tanpa perlu membunuh belangkas tersebut.
Bahan dalam badan belangkas boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin. Kit anti-toksin menggunakan belangkas telah berkembang di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Asia Barat sejak 1988.
Daging dan telur belangkas boleh dimakan oleh orang Islam. Masyarakat Melayu di Kota Tinggi, Johor menyediakan maasakan asam pedas dan sambal tumis belangkas. Ia juga boleh dimakan dengan hanya memanggang / membakar sahaja. Namun begitu untuk ia bukan sesuatu yang mudah kerana belangkas terdapat sejenis toksin yang boleh memberikan ketidakselesaan kepada deria (pening) atau biasanya dikenali sebagai MABUK.
Hanya bahagian tertentu sahaja boleh dimakan dan hanya seseorang yang benar-benar tahu sahaja tahu cara menyediakan makanan laut dari belangkas ini.

No comments