Ganggu & Telefon Bekas Kekasih 27,000 Kali Seminggu - Terowong Informasi

Breaking News

Ganggu & Telefon Bekas Kekasih 27,000 Kali Seminggu

Ganggu & Telefon Bekas Kekasih 27,000 Kali Seminggu

Akibat tidak dapat menerima kenyataan dirinya sudah berpisah dengan bekas teman lelakinya, wanita ini telah menelefon bekas teman lelakinya sebanyak 27,639 kali dalam masa seminggu.

Selain menelefon, tertuduh dikenali sebagai Kelly Murphy turut menghantar mesej sebanyak 11,229, 937 e-mel, 117 mesej dalam bentuk nyanyian dan 47 helai surat kepada Randy Williams yang merupakan bekas teman lelakinya itu.

Kelly bertindak sedemikian kerana tidak dapat menerima kenyataan dirinya sudah berpisah dengan Randy Williams walaupun baru sahaja dua minggu bercinta.

Beliau sanggup mengambil minuman tenaga hanya untuk berjaga selama seminggu dan menganggu Randy dengan menggunakan 8 telefon serentak untuk menelefon Randy 24 jam setiap hari.

Murphy turut dikatakan mempunyai sikap obsesif kompulsif di mana tahap obses wanita ini terhadap sesuatu benda secara melampau dan tidak masuk akal.

Disebabkan itu, Randy yang merupakan bekas kekasihnya telah mengalami tekanan dan kemurungan akibat tindakan wanita tersebut dan melaporkan kepada pihak berkuasa.

Kini, Murphy telah ditahan ke dalam lokap dan menjalani penilaian psikologi sebelum beliau dibicarakan.


Menurut peguam Randy, kliennya kini sangat lega kerana bekas kekasihnya itu ditahan. Dia tidak dapat tidur, bekerja atau menikmati kehidupan dalam apa cara pun selama lebih seminggu.


No comments