Muhammad Ali Meninggal Dunia
Legenda
tinju dunia, Muhammad Ali, 74 meninggal dunia hari ini selepas dimasukkan ke
sebuah hospital akibat masalah pernafasan di Phoenix, Arizona Khamis lalu.
Awal Sabtu, bintang tinju itu dilaporkan berada dalam keadaan sangat tenat, sumber dipetik sebagai berkata oleh portal AFP.
“Selepas 32 tahun bertarung dengan penyakit Parkinson, Muhammad Ali telah meninggal dunia pada usia 74 tahun,” kata jurucakap keluarganya, Bob Gunnell.
Media Amerika Syarikat melaporkan bahawa Allahyarham menghidapi penyakit itu sejak tahun 1984.

Ali, yang pernah menjadi juara sukan tinju
heavyweight dunia sebanyak tiga kali, terkenal dengan panggilan "The
Greatest". - Astro Awani
Al-Fatihah..
No comments
Post a Comment