Penunggang Motosikal Dilarang Guna Lorong Kecemasan
Ekoran tindakan penunggang motosikal menendang cermin sisi kenderaan yang menggunakan laluan kecemasan, Pihak Polis memberitahu ia adalah satu kesalahan walaupun niat untuk mengusir pemandu kenderaan melalui laluan kecemasan mengikut akta di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas tuduhan perbuatan khianat.
Apa yang menyedihkan dari kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur, ACP Mohd Nazri memberitahu, penunggang motosikal juga membuat kesalahan kerana juga menggunakan lorong kecemasan.
Lorong kecemasan tidak boleh digunakan walaupun motosikal," katanya.
Persoalan Bro, laluan manakah bagi pengguna motosikal berkapasiti rendah untuk digunakan? Adakah laluan yang kereta, lori, dan pelbagai kenderaan lain lalui? Ia terlalu risiko jika penunggang motosikal melalui laluan tersebut terutamanya di lebuh raya. Lainlah jika disediakan laluan motosikal sepanjang lebuh raya atau sebaliknya seperti di lebuhraya persekutuan.
Bro sebagai penunggang motosikal kerap melihat pemandu kereta menggunakan telefon semasa memandu dan ada kalanya mereka menghimpit penunggang motosikal yang sedang melaluinya. Penunggang motosikal merupakan kenderaan yang terdedah 100% risiko kecederaan jika alami kemalangan. Dengan kenyataan ini, para Netizen berang dengan kenyataan ACP Mohd Nazri melarang motosikal melalui lorong kecemasan. Adakah anda bersetuju dengan kenyataan ACP Mohd Nazri ini?
No comments
Post a Comment