Halaqah 2016 : Kiamat Ia Pasti Datang - Terowong Informasi

Breaking News

Halaqah 2016 : Kiamat Ia Pasti Datang

Halaqah 2016 : Kiamat Ia Pasti Datang

Satu program ilmu agama yang cukup menarik untuk kita tontoni yang mengupas Kiamat Ia Pasti Datang. Sebanyak 30 episod yang akan ditayangkan di TV9, iaitu pada setiap hari Sabtu jam 6.30pm. Kupasan-kupasan yang dibawa Halaqah pada musim ini sangat jelas dan mudah difahami atas penjelasan dari Dato Dr Danial dan diselitkan alunan ayat Al-Quran yang lunak.

Dr Danial

Bro sudah menonton sebanyak 22 episod Halaqah ini dan ternyata, ia mengembalikan otak kita "refresh" kembali mengenai tanda-tanda kiamat yang bakal datang kepada kita yang sebelum ini kita telah belajar di sekolah agama sewaktu kecil dahulu. Rasa takut, berdebar dan segalanya pasti dirasai bila kita mendengar kupasan mengikut judul yang berbeza setiap minggu.

Halaqah 2016

Bagi yang tidak sempat menonton di kaca televisyen, anda boleh menonton di laman Youtube yang telah di 'share' oleh Ahmad Solehin dan juga boleh ditonton di bawah artikel ini. Diharap, atas perkongsian ini, semua pembaca boleh menonton setiap episod yang tertinggal. Semoga anda diberkati dengan ilmu yang diberi..

 

No comments