Petua Hilangkan Dan Mencegah Bintik Hitam Pada Pakaian
Anda pasti mempunyai baju kegemaran untuk di pakai jika mahu ke mana-mana. Tapi bila ternampak bintik hitam pada pakaian terutama baju berwarna putih, ia pasti membuatkan anda hilang mood dan baju tersebut akan dibuang begitu sahaja. Terdapat petua untuk hilangkan hitam ini dan cara mencegahnya.
Berikut adalah petua untuk hilangkan bintik hitam :
- Campur cuka dalam setengah liter air
- Rendamkan pakaian yang mempunyai bintik hitam tersebut ke dalam air cuka semalaman
- Keesokkannya, cuci dengan sabun dan bilas seperti biasa
- Sediakan air panas yang dicampurkan dengan jeruk nipis
- Kemudian, bilas semula pakaian dengan menggunakan air suam hangat campuran jeruk nipis tadi.
- Biarkan pakaian tersebut beberapa saat ke dalam air hangat campuran jeruk nipis tadi.
- Kemudian, cuci semula pakaian tersebut dengan menggunakan sabun dan softlan
- Bilas dengan menggunakan air bersih dan keringkannya.
- Selepas itu, jemur sehingga kering. Siap!
- Jika anda seorang yang kuat peluh, jangan sesekali baju anda terperuk lama dan sebaiknya, anda perlu terus basuh bagi mengelakan kulat cepat tumbuh pada pakaian anda.
- Jika cuci baju, jangan biarkan terlalu lama dan sepatutnya, jika siap basuh, terus jemur.
- Pastikan baju yang anda angkat tersebut betul-betul kering dan jangan angkat jika terdapat beberapa bahagian lembab.
No comments
Post a Comment