Minyak Oh Minyak
Seharian di laman sosial bercerita mengenai kenaikan harga minyak petrol dan juga minyak masak mulai November 2016. Ada yang marah dan ada juga membuat bahan jenaka kepada kerajaan atas kenaikan yang mendadak ini.
Siapa yang tidak marah jika kenaikan harga barangan seperti minyak masak yang merupakan keperluan yang amat penting dalam masakan di setiap rumah di Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama. Jika tiada minyak masak, nak masak lemak, kari atau goreng sayur juga tidak boleh jika tiada minyak. Bekalan minyak di pasaraya mula 'hilang' mulai hari ini yang entah hilang ke mana.
Adakah ada menteri-menteri akan mencadangkan masyarakat kita beralih kepada masakan rebusan? Mungkin ada menteri akan cakap seperti itu untuk mengelakan spekulasi lebih serius. Bro pasti, harga makanan di kedai makan pasti akan melonjak selepas harga minyak masak naik ketika ini. Mungkin roti kosong / canai boleh mencecah RM1.50 selepas ini. Ia tidak mustahil..
No comments
Post a Comment