5 Tanda Anak Anda Sudah Ketagih Gajet - Terowong Informasi

Breaking News

5 Tanda Anak Anda Sudah Ketagih Gajet


Kebanyakkan anak-anak zaman sekarang apa yang kita nampak adalah suka dengan gajet. Penggunaan gajet zaman sekarang sangat meluas dan seumpama satu alat yang amat penting dalam kehidupan seharian. Ia sangat jelas kepada anak-anak yang lahir sekitar tahun 2000an. Pergilah di mana sahaja, anda akan lihat, anak dan gajet sukar dipisahkan.

Di sini, bro nak tunjukkan 5 tanda anak anda sudah ketagih gejet :



1. Gelisah Tanpa Gejet Di Tangan

Dalam satu kajian di Amerika Syarikat, 200 pelajar diasingkan daripada gajet selama 24 jam. mereka diminta menulis apakah perasaan mereka apabila dipisahkan dari gajet sepanjang tempoh itu. Ada diantara mereka rasa gelisah dan menyatakan rasa kuatnya perasaan mahukan gajet seperti ketagih dadah.

2. Overdose

Tempoh bermain gejet semakin lama semakin lama tanpa mereka sedari. Bila mereka sedari apabila bateri gajet tersebut kehabisan. Bila kehabisan bateri, mulalah mereka mula gelisah dan mula cari altenatif mendapat gajet lain. Ini semua akibat 'overdose' dengan gajet.

3. Semakin Pasif

Anda boleh lihat perbezaan mereka adalah mereka kurang atau tidak suka dengan aktiviti luar rumah. Lebih suka duduk di dalam rumah melayan gajet.

4. Macam Zombie

Mereka yang ketagih gajet boleh dikatakan sama seperti Zombie. Mereka ada dunia mereka sendiri dan tidak sedar apakah yang berlaku dengan sekeliling mereka. Apabila gajet mereka diambil atau di rampas, zarah-zarah tantrum mula bergabung lalu pemberontakan bermula seolah olah mereka tidak rela gajet di tangan mereka dipisahkan.

5. Cara Altenatif 

Apabila mereka menghadapi masalah atau sebagainya, mereka akan mencari gajet sebagai tempat mencari ketenangan. Jika tidak dapat, mereka pasti akan murung. Cara altenatif, anda perlu membawa ke pakar psikologi supaya anak anda dapat mengurangkan ketagihan tersebut. Luangkan masa bersama mungkin cara terbaik juga bagi mengeratkan antara anak dan keluarga.

No comments