Kenapa Kapal Terbang Berwarna Putih
Jika anda perasan, kebanyakkan kapal terbang yang dilihat pastinya berwarna putih. Hanya jalur-jalur sahaja berwarna lain. Jarang sekali dilihat ianya berwarna gelap sepenuhnya seperti hitam, merah, biru dan sebagainya. Pasti ada sebab mengapa mesti berwana putih menjadi pilihan. Nak tahu lebih lanjut, mari teruskan membaca :
1. Memiliki Sifat Termal
Warna putih mampu memantulkan cahaya yang datang ke badan pesawat dan tidak memanaskan badan pesawat tersebut. Jika badan pesawat menjadi panas, ia sebenarnya membahayakan pesawat dan mungkin boleh berlakunya kecelakaan.
2. Mudah Untuk Melihat Kesan Retak
Sebelum kapal terbang dibenarkan berlepas, jurutera pesawat akan memeriksa badan pesawat terlebih dahulu untuk mengesan kecacatan yang dialami badan pesawat tersebut. Warna putih ini sebenarnya membantu jurutera pesawat mengenali kecacatan dengan pantas berbanding badan kapal terbang berwarna gelap. Selain itu, ia selamat jika terbang di waktu malam dan boleh dilihat oleh juruterbang yang lain.
3. Kos Terlalu Tinggi
Kos mengecat badan pesawat tidak sama seperti mengecat kereta. Harganya amat mahal malah memerlukan tenaga dan masa yang lama jika diwarnakan selain warna putih. Jadi, dengan memilih berwarna putih, ia hanya memerlukan masa yang singkat sahaja.
4. Nilai Akan Jatuh Jika Dijual Semula
Jika badan pesawat diwarnakan selain putih, nilai pesawat tersebut akan jatuh kerana syarikat penerbangan tidak mahu membelanjakan kos yang amat tinggi untuk mengecat kembali ke warna lain. Jadi, warna putih merupakan pilihan terbaik untuk mengekalkan harga pasaran kapal terbang tersebut.
5. Warna Tidak Cepat Pudar
Warna putih adalah warna yang sukar untuk menjadi pudar jika pesawat tersebut sudah bertahun digunakan. Jika warna selain putih, pasti akan pudar lama kelamaan dan perlu mengecat kembali bagi menampakkan seri kapal terbang tersebut.
No comments
Post a Comment