Cara Mengenai Personaliti Seseorang Melalui Tulisan Tangan
Bila anda melihat tulisan tangan rakan anda, pasti ada perbagai cara mereka menulis. Ada yang gaya macam pembaris, ada yang suka tulisan senget dan macam-macam lagi anda boleh jumpa. Dengan tulisan-tulisan yang anda nampak ini sebenarnya boleh mengetahui personaliti rakan anda tersendiri. Mari terus membaca untuk mengetahui personaliti anda atau rakan anda :
Saiz Tulisan
Tulisan kecil : Menunjukkan seorang yang pemalu, rajin, suka menumpukan perhatian dan teliti.
Tulisan Sederhana : Menunjukkan seorang yang mudah menyesuaikan diri.
Tulisan Besar : Seorang yang yakin dan sukakan perhatian.
Jarak Tulisan
Jarak Besar : Sukakan kebebasan. Tidak suka tempat yang bersesak-sesak.
Jarak Kecil : Jenis tidak boleh duduk seorang diri.
Condongan Tulisan (Italic)
Condongan ke kanan : Seseorang yang suka mencuba sesuatu yang baru
Condong ke kiri : Seseorang yang gemar kerja di belakang tabir tanpa diketahui ramai.
Tidak Condong : Suka berfikiran logik
Gelung dalam huruf "E" dan 'L"
Gelung ‘L’ yang sempit: Suka menyekat kemampuan diri.Tak percaya diri sendiri.
Gelung ‘L’ yang luas: Seorang yang rileks dan spontan.
Gelung ‘e’ yang sempit: Mempunyai pemikiran yang sempit dan skeptical terhadap orang lain. Suka menilai orang lain dengan pendapat sendiri.
Gelung ‘e’ yang luas: Seorang yang berfikiran terbuka. Suka mencuba sesuatu yang baru.
Jika anda perasan, ada sesetengah syarikat yang anda datang temuduga, mereka meminta anda mengarang esei pendek. Ia kerana disebabkan ingin melihat tulisan anda untuk mengetahui personaliti diri anda lebih mendalam...
4 comments
nice info
thanks sharing. baru tahu jugak. hehehe
ada rasa pada diri sket2
no problem bro.. terima kasih sudi membaca
Thanks bro, sangat menghibur haha
Post a Comment