Cara Untuk Jadi Instafamous Sepanjang Zaman - Terowong Informasi

Breaking News

Cara Untuk Jadi Instafamous Sepanjang Zaman

#instafamous

Laman Instagram yang dahulunya lebih kepada aktiviti perkongsian gambar tetapi kurang popular digunakan. Tetapi sekarang, semakin ramai pengguna Instagram di Malaysia terutamanya generasi muda sekarang menjadi popular melalui laman sosial ini. Anda pasti ingin mengetahui bagaimanakah untuk menjadi #instafamous sepanjang zaman? Caranya adalah :

1) Buat Video Pelik 

Cara Untuk Jadi Instafamous Sepanjang Zaman

Anda perlu buat video yang lain dari yang lain untuk tergolong dalam #instafamousmalaysia. Bukan sekadar cakap-cakap tetapi ia lebih dari itu. Contohnya buat satu review makanan. Lakonan dan buatlah gaya yang orang tidak akan buat diluar pemikiran anda. Jadikan video anda ini benda nombor 1 kena kecam oleh netizen.

2) Malukan Diri Dan Keterlaluan

Cara Untuk Jadi Instafamous Sepanjang Zaman

Dalam Video tersebut, tidak usah anda malu walaupun dalam adab orang melayu, kita penuh dengan kesopanan. Malukanlah diri anda di dalam video rakaman tersebut. Rakamlah aksi anda yang gelojoh, menggelikan, terkangkang sana sini atau sebagainya. Pasti, impian anda untuk menjadi #instafamoustermakbul dalam sekelip mata.

3) Buat Video Mudah Dikecam Oleh Netizen

Cara Untuk Jadi Instafamous Sepanjang Zaman

Jika anda buat video yang mudah dikecam oleh netizen, anda akan mendapat pengikut secara tidak sengaja dan netizen yang mengecam itu akan follow instagram anda untuk mengetahui apakah yang akan lakukan selepas ini. Walaupun dia kecam, si pengecam ini akan setia memantau aktiviti anda bila-bila masa sahaja.

Dengan 3 cara ini, insyaallah anda akan dapat menjadi #instafaous sepanjang zaman. Dalam masa 30 tahun akan datang walaupun anda sudah tua nanti, anak-anak dan cucu anda akan mengenali anda, siapakah anda 30 tahun yang lepas melalui video rakaman tersebut.

Ingat, segala yang dikongsikan di media sosial walaupun anda sudah memadamnya, akan ada orang lain menyimpan rakaman tersebut untuk ditularkan di masa akan datang. Fikir dulu sebelum buat. Harap, pengkongsian untuk menjadi #instafamoussepanjangzaman ini akan memberi manfaat kepada anda. Saksikan video kecaman dari KHCUP :

3 comments

Gja said...

Malukan diri semata2 nak jadi famous.. haha betul sangat tu

Nurjuwaini said...

Buat apa sahaja demi nak jadi famous kan..

Terowong Informasi said...

yup..cara skrg mcm ni.. yang pelik jd xpelik