ATS Curry House Petaling Jaya - Terowong Informasi

Breaking News

ATS Curry House Petaling Jaya

ATS Curry House

Jika Bro berkesempatan ke Petaling Jaya terutamanya pada waktu tengah hari, Bro suka ke satu restoran Nasi Kandar di sini iaitu di ATS Curry House Petaling Jaya. Restoran ini telah lama bertapak sekitar 30 tahun di lokasi yang sama. Masyarakat di Petaling Jaya pasti sudah kenal dengan restoran ini kerana keenakan kari kambing mereka yang cukup "awsome". Yang penting, Kuah pekat dan rasa secukupnya adalah senjata Nasi Kandar menjadi sedap.

ATS Curry House

Untuk ke ATS Curry House ini, Bro cadangkan anda datang seawal jam 11.00am kerana hidangan mereka pada ketika ini masih banyak terutamanya kari kambing mereka. Selain kari kambing, ayam goreng yang rangup, ikan goreng, ayam masak merah dan pelbagai lagi mereka sediakan. Semuanya memang sedap belaka. Pada waktu ini juga, orang sudah mula beratur panjang untuk makan tengah hari. Pelbagai bangsa datang ke ATS Curry House untuk menikmati makan tengah hari yang terbaik.

ATS Curry House

Anda tidak minat kari kambing, anda wajib rasa ayam goreng mereka ini kerana ayam ini digoreng dengan rangup, tidak terlalu kering dan rempah ratus pada ayam goreng ini membuatkan anda selera makan. Jika ambil pesanan, kuah campur adalah satu perkara yang wajib beritahu kepada penyedia makanan disini. Kadang-kadang, penyedia makanan ini beri sedikit daging kambing untuk buat rasa.

Harga mereka kenakan adalah 'standard' seperti di restoran lain. Dengan Nasi Kandar + Sayur Taugeh + Ayam Goreng + Papadom + Air Teh O Ais, harga makanan tersebut adalah RM9.00. Kedai ini untuk anda cari, ia sebenarnya berada di tepi jalan dan tidak jauh dari Sekolah Menengah (P) Sri Aman. Jadi, kepada yang ingin mencari rasa baru hidangan Nasi Kandar di Petaling Jaya, anda boleh singgah ke ATS Curry House Petaling Jaya.

Google Map Ke ATS Curry House :

2 comments

Ayu said...

Lama x makan nasi kandar.. Nanti nak balas dendam hihi

Terowong Informasi said...

Amboi ayu.. Siap nak balas dendam plak tu.m kat PJ ada byk kedai mkn sedap2..