Kenapa Perlu Membasuh Pakaian Yang Baru Di Beli - Terowong Informasi

Breaking News

Kenapa Perlu Membasuh Pakaian Yang Baru Di Beli

Kenapa Perlu Membasuh Pakaian Yang Baru Di Beli

Membeli pakaian baru memang seronok dan sudah pastinya anda tidak sabar untuk memakainya kerana pakaian baru ini nampak kemas, tidak renyuk dan warnanya masih cantik. Sebelum memakainya, pasti ada orang akan tegur anda, basuh dahulu baju baru dahulu sebelum memakainya. Pasti ada sebabnya. Jom ketahui sebabnya.

Pewarna

Pewarna Yang Digunakan Pada Pakaian

Punca utamanya adalah pewarna pakaian tersebut. Ia kerana, terdapat pewarna tambahan yang terdapat pada pakaian yang baru di beli. Jika anda perasan, bila anda beli seluar jeans di downtown atau di mana-mana, saat anda basuh, warna seluar jeans tersebut akan luntur dengan warna yang pekat seperti warna seluar jeans tersebut. Anda perlu elakkan bercampur dengan pakaian lain terutamanya warna putih. Menyesal tak sudah nanti.

Pemindahan Bakteria

Bakteria

Kebanyakkan orang sebelum membeli, mereka pasti akan mencuba pakaian tersebut sebelum membelinya. Jadi, sudah pasti lebih 1 orang akan mencuba pakaian yang dipamerkan tersebut dan boleh menyebabkan perpindahan bakteria seperti kutu, kudis, dan kulat dari seorang ke seorang. Mungkin dengan cara basuh pakaian tersebut adalah diperlukan bagi mengelakkan jangkitan.

Bahan Kimia

Bahan Kimia

Salah satu faktornya adalah bahan kimia pada pakaian tersebut. Terdapat bahan kimia Formaldehid Urea yang berfungsi sebagai agen yang meningkatan kualiti warna dan tekstur. Jika anda mempunyai kulit sensitif, anda boleh alami ruam pada bahagian leher, ketiak, peha dan bahagian pinggang. Formaldehid Urea juga merupakan bahan kimia yang digunakan untuk mencegah fungus daripada terbentuk pada pakaian untuk di eksport ke luar negara. Bau bahan ini sangat tajam yang akan kekal di kain sehingga pakaian tersebut di cuci. Satu cucian tidak akan menghilangkan bahan kimia ini tetapi ia perlu dilakukan dalam beberapa kali, barulah ia akan hilang sedikit demi sedikit.

Kesimpulan

Inilah kenapa perlu membasuh pakaian yang baru di beli. Sebelum ini, Bro main pakai sahaja pakaian baru tersebut tetapi dengan informasi ini, perlulah kita membasuh pakaian tersebut untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini.

No comments