Maggi Mi Goreng Pedas Giler - Terowong Informasi

Breaking News

Maggi Mi Goreng Pedas Giler

Maggi Mi Goreng Pedas Giler

Produk mee segera, Maggi telah mengeluarkan satu produk mee segera yang terbaru iaitu Maggi Mi Goreng Pedas Giler. Terdapat dua perisa yang dikeluarkan iaitu perisa Tomyam dan Perisa Ayam Bakar. Hari ini, Bro review perisa Ayam Bakar. Sedap atau tidak, teruskan membaca artikel ini.

Samyang 2x Pedas

Maggi Mi Goreng Pedas Giler ini boleh dikatakan mahu mencabar tahap kepedasan mee segera dari Korea iaitu Samyang. Bro pernah mencuba dua jenis samyang iaitu Samyang Hot Chicken Flavor dan Samyang 2x Spicy Chicken Flavor. Memang pedas sambil boleh menangis dibuatnya.

Maggi Mi Goreng Pedas Giler

Cara penyediakan Maggi Mi Goreng Pedas Giler ini sama seperti mi goreng segera yang lain. Anda perlu rendamkan mee segera tersebut selama 3 minit dan toskan air tersebut setelah 3 minit. Selepas itu, letak segala rencah yang diberikan dan gaulkan. Lihatlah hasil setelah digaul dengan sebati. Ia sama seperti Samyang tetapi warnanya kurang merah berbanding Samyang.

Maggi Mi Goreng Pedas Giler

Bro makan Maggi Mi Goreng ini tanpa minum air sepanjang makan ini. Pada permulaan makan, bau ayam sangat kuat dan rasanya sedap. Sepanjang makan tanpa air tersebut, masih boleh tahan dan beranggapan biasa sahaja. Setelah berhenti makan, pedas itu mula hadir sedikit demi sedikit. Air mata hampir nak keluar dibuatnya tetapi belum tahap Samyang lagi. Pedas maggi mi goreng ini adalah pendas menyengat. Pedas Samyang pula pedas 'pijoo' sampai ke telinga rasanya. Akhirnya Bro minum air berkali-kali untuk menghilangkan pedas tersebut.

Maggi Mi Goreng Pedas Giler

Pada pandangan Bro mengenai Maggi Mi Goreng Pedas Giler berperisa Ayam Bakar ini, ia sedap, murah RM 2.99 sahaja di Speed99 dan hampir menyamai pedas Samyang 2x Spicy walaupun tahap kepedasan yang dimaklumkan oleh pihak Maggi adalah tahap maksima. Telinga bro tidak kepanasan lagi dan berpeluh semasa makan Maggi ini berbanding Samyang 2x Spicy. Jika pihak Maggi lebihkan lagi sos pedas mereka, pasti ia sudah mengalahkan produk Samyang. Bro seorang yang kuat makan pedas tetapi pedas macam ini boleh kalah juga.

Lepas ini, Bro mahu mencuba perisa Tomyam pula. Adakah ia boleh mengalahkan Samyang 2x Spicy? Nantikan artikel di lain masa.

2 comments

Anonymous said...

Buat masa ni, produk ni sgt laris. semalam,saya cari kat speed99 takde. pegi Tesco, Habis stok. Lepas balik kja nak sambung mencari kat Giant pulak.

Anonymous said...

Megi pedas gile tomyam lg pedas drpd ayam bakar bdesing telinga 🤯