Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang, Perak
Mee Udang di Kuala Sepetang, Perak memang sudah lama popular dengan mee udang yang dihidangkan di sini. Di Kuala Sepetang, terdapat 3 lokasi tumpuan bagi penggemar mee udang dan Bro telah memilih Mee Udang Mak Jah yang terletak di Kampung Menteri dan tidak jauh dari Eco Pembelajaran Hutan Paya, Kuala Sepetang.
Mee Udang Mak Jah jika anda mahu tahu lokasinya, anda perlu melalui kawasan kampung dan anda sepajang anda melaluinya, anda akan nampak beberapa anggota unit RELA yang menjaga lalu lintas. Di situlah terletaknya Restoran Mee Udang Mak Jah.
Restoran ini telah dibuka pada tahun 2009 sehingga kini telah menjadi tumpuan wajib jika melancong ke negeri Perak. Bro pertama kali merasa mee udang di sini dan ternyata, mee udang di sini sedap, udang yang banyak, tempat makan yang luas dan selesa. Harga mee udang Mak Jah adalah diantara RM9.00 - RM15.00 (ikut harga pasaran) semangkuk, boleh dikatakan agak mahal tetapi berbaloi juga dengan udang yang banyak diberikan.
Selain Mee Udang, terdapat juga menu lain seperti mee goreng, nasi goreng dan pelbagai lagi. Di Dalam restoran ini juga terdapat juga gerai yang menjual cucur udang dan boleh dikatakan, semunya udang lah yang ada di kuala sepetang. Jika anda melancong ke negeri Perak, bolehlah mencuba Mee Udang Mak Jah untuk rasa sendiri, sedap atau tidak mee udang ini. bagi pendapat Bro, 4 bintang mee udang di sini. Berikut adalah alamat dan waktu operasi Restoran Mee Udang Mak Jah :
MEE UDANG MAK JAH
Kg. Menteri, Kuala Sepetang,Taiping
Tel : 05-898-1400 / 012-293-1101 / 017-469-5026
Waktu Perniagaan : 12.00 t/hari - 10.00 malam
Tutup Rabu
No comments
Post a Comment