Nasi Kukus Daun Pisang Bandar Sri Permaisuri, Cheras
Ada peminat makanan dari pantai timur iaitu Kelantan? Sudah semestinya ada pembaca di sini berasal dari Kelantan dan dari negeri lain peminat tegar makanan dari Kelantan ini. Hari ini, Bro cuba satu menu yang popular di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur iaitu Nasi Kukus Daun Pisang. Restoran ini mengadap jalan utama dari PPUKM. Landmark untuk mencari restoran ini, anda perlu cari Bank Islam Cawangan Bandar Sri Permaisuri. Ia bersebelahan blok sahaja restoran ini.
Sedikit informasi, Restoran Nasi Kukus Daun Pisang ini telah dibuka 2016 di Bandar Sri Permaisuri dan pemiliknya berasal dari Bachok, Kelantan. Pengusaha ini berkata, mereka bermula berniaga di hadapan stadium Sultan Muhammad IV sejak 30 tahun dahulu. Memang lagend Nasi Kukus Daun Pisang ini di Kelantan.
Jika anda datang ke Restoran ini, anda perlu pergi ke kaunter nasi untuk mengambil Nasi Kukus mereka yang di alas dengan daun pisang disamping terdapat kuah gulai yang disiram pada nasi kukus, timun, ikan masin bulu ayam dan sambal belacan. Ayam, anda boleh ambil sendiri sama ada, ingin ambil yang besar atau yang kecil mengikut citarasa anda. Ayam yang disediakan semuanya bahagian peha. Bahagian kepak, Bro tidak perasan pula pada ketika itu. Tempat duduk agak terhad bila pada waktu puncak.
Rasa Nasi kukus ini memang cukup padu. Ayam berempah mereka sangat besar dan tidak terlalu kering semasa anda makan. Kuah gulai mereka nampak pekat dan sambal belacan mereka cukup pedas. Memang most recommended nasi kukus di sini. Selain itu, terdapat juga menu lain seperti nasi kerabu, aneka sup dan pelbagai lagi. Harga Nasi Kukus ini adalah RM7.50 sepinggan.
Walaupun nasi kukus daun pisang mereka cukup awesome tetapi terdapat kelemahan yang didapati. Layanan untuk ambil order air dan casher, sangat lemah. Pihak pengurusan perlu letak lebih ramai pekerja supaya ia seimbang dengan jumlah pengunjung yang datang ketika di waktu puncak. Bro memesan air dari permulaan makan sehingga makanan habis, air masih tidak sampai ke meja sehingga bro terpaksa beredar tanpa meminum air. Jika perkhidmatan mereka dipertingkatkan, pasti boleh dapat 5 bintang pada restoran ini.
Jika anda ingin mencuba Nasi Kukus Daun Pisang ini, boleh tengok alamat dan peta dari google maps di bawah ini :
6 comments
Nampak sedap tu..
Waaah.. sedapnya.. siao daun pisang lagi
Mmg sedap nasi kukus disini..
servis lambat bro...tunggu order air sampai abis nasi...hahaha
memang lambat bro.. tu yang tegur bab servis. Kalau rasa dan nak cepat, better tapau je..
Bagus sekali artikel ini, gampang memahami dan asik sekali artikel S128 ini.
Post a Comment