Penyakit Makan Tanpa Sedar Ketika Tidur
Makanan adalah sumber untuk kita meneruskan kehidupan seharian dan tanpa makan, manusia boleh mati akibatnya. Jika terlebih makan pula, boleh menyebabkan pelbagai penyakit sampai ke manusia seperti penyakit darah tinggi, obesiti dan pelbagai lagi. Ada satu penyakit yang dialami oleh Kate Archibald iaitu penyakit makan tanpa sedar ketika tidur.
Penyakit ini dinamakan Parasommia. Penyakit ini mempunyai pelbagai simptom seperti :
- Sleep Paralysis
- Sleep Walking
- Confusional Arousals
- Mimpi Buruk (Nightmare)
- Enuresis
Bagi Kate Archibald, ia mendorong untuk Kate tanpa sedar untuk makan (Nocturnal Eating Disorder). Gabungan dua penyakit (Parasomnia dan NED) menyebabkan berat badan Kate naik mendadak dan sukar untuk diturunkan. Menurut gadis berusia 20-an itu, menjadi tanda tanya kepadanya mengapa berat badannya naik mendadak sedangkan dia sangat mengambil berat berkenaan apa yang dimakan. Ianya terjawab apabila suatu hari dia tersedar dari tidur dan terdapat beberapa bungkus makanan di sekelilingnya.
Kate juga berkata, ia berpunca dari kesan ubat yang diambil semasa kecil untuk mengurangkan sindrom kurang daya tumpuan dan hiperaktif (ADHD). Ubat ini menyekat selera makan dan akibatnya dia asyik berasa lapar.
Dr. John Winkleman, seorang pakar psikiatri di Fakulti Perubatan Universiti Harvard, Cambridge Amerika Syarikat memberitahu bahawa penyakit itu berpunca daripada masalah kesihatan seperti tekanan akibat trauma, kemurungan serta gangguan tidur. Beliau juga menambah yang penyakit ini berkait rapat dengan sindrom makan waktu malam atau Nocturnal Eating Sindrome (NES) yang mana ia mempunyai perbezaan yang sangat ketara antara NES dan Parasomnia.
Ubat-ubatan seperti topiramate boleh diambil untuk merawat gangguan itu kerana ia berfungsi di otak untuk mengurangkan rasa lapar. Jadi, kepada anda diluar sana alami berat badan cepat naik, bolehlah berjumpa doktor. Mana tahu, dalam tidur anda makan tanpa sedar.
3 comments
Wah ini memang ujian besar, sedar sedar tgh makan nasi goreng
Tiba2 terfikir, mana dtgnya nasi goreng tu? Hahaha
Jangan tetiba dalam "eat walking" boleh pulak memilih makanan... cari KFC pulak tuh -- tahu2 dalam kereta... kikiki
Post a Comment