Nasi Harimau Menangis, Kajang - Terowong Informasi

Breaking News

Nasi Harimau Menangis, Kajang

Gerai Nasi Harimau Menangis, Kajang

Minggu lepas, Bro sempat cuba satu menu viral di laman sosial iaitu Nasi Harimau Menangis yang terletak di Food Valley, Kajang, Selangor. Ramai yang tertanya-tanya, apa yang 'harimau menangis' yang dimaksudkan ini?

Gerai Nasi Harimau Menangis ini menyediakan menu nasi putih bersama daging lembu yang diperap dan dibakar bersama sos istimewa mereka. Terdapat 3 jenis daging yang mereka sediakan iaitu Daging Bakar Sadao (daging batang pinang) , Harimau Menangis (Striploin Fresh)  dan Wagyu (Brisket) limited stock. Harga yang ditawarkan adalah berlainan harga mengikut jenis daging yang dipilih.

Nasi Harimau Menangis, Kajang

Daging Bakar Sadao merupakan menu yang Bro rasakan dan ternyata daging bakar mereka ini secukup rasa, juicy, tidak liat dan tekstur daging tidak kering. Bila dimakan nasi panas bersama daging yang dipilih dan ditambah dengan sos dan air asam membangkitkan rasa daging bakar ini.
Dengan harga RM15.00 ini, ia sudah cukup dan berpuas hati hasil hidangan mereka ini.

Nasi Harimau Menangis, Kajang

Jadi, apakah maksud Harimau Menangis ini adalah tahap kepedasan sos istimewa mereka ini membuatkan anda menangis semasa makan. Memang pedas Bro akui. "Harimau" yang dimaksudkan itu berkemungkinan adalah kita yang menangis apabila makan daging bakar ini. Tak rugi anda mencuba menu ini. Boleh berikan 4/5 bintang untuk menu ini. Cepat terjah Nasi Harimau Menangis ini ye..

Lokasi Food Valley

 

1 comment

Amer Rashed said...

viral betul harimau menangis ni, nmpk sedap!