Blogger Pon Boleh Berjaya.....
Gambar ihsan dari Google
Blog atau blogger, kita tahu apa dia kan?
Blog juga boleh dijadikan satu forum perniagaan yang cukup bagus.
Zaman teknologi, semua kita boleh buat.
Dahulu jika kita ingin membuat sesuatu bisnes, kita perlu cari tempat tetapi kali ini tidak lagi.
Duduk rumah pon boleh buat bisness.
Ini dinamakan bisness online.
Tak kira apa produk sekalipun, pastinya ada yang membelinya.
Hackers terbaca di akhbar Kosmo yang menunjukkan seorang blogger menjual beg tangan wanita berjenama di blog. Hackers sendiri tak kenal siapa blogg ini tetapi ia dah boleh panggil otai tau.
Pengunjung blog beliau memang ramai walaupun follower tak ramai.
Tak nak cerita panjang,
Jom kita ikuti keratan akhbar kosmo ini :
" BAGI yang obses beg tangan berjenama dan diimport dari luar negara tetapi inginkan harga yang lebih murah, anda sebenarnya berpeluang untuk mendapatkannya.
Berbekalkan sebuah komputer dan melayari laman blog wwwbegalicious.blogspot.com, kini anda boleh membuat pelbagai pilihan mengikut cita rasa dengan hanya di hujung jari.
Jenama Coach, Kate Spade, Aiteen Aigner, Marc Jacobs, Gucci dan jenama-jenama lain yang menjadi trend masa kini ditawarkan kepada pelanggan di seluruh negara secara talian, lengkap dengan harga serta cara untuk membuat pesanan.
Selain beg tangan wanita, barangan berjenama lain seperti dompet, cermin mata dan jam tangan turut dijual menerusi laman web berkenaan.
Segala kemudahan itu adalah inisiatif seorang suri rumah yang menetap di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) Jaya, Shah Alam, yang mewujudkan perniagaan beli-belah di alam siber ini sejak setahun lalu.
Sebelum itu, dalam tempoh selama dua tahun, Zuriana Abu Kassim, 38, hanya menjadi pengikut setia blog-blog sedia ada. Namun dia mula menceburi bidang perniagaan ini setelah mendapati permintaan membeli-belah secara talian terutama dalam kalangan wanita semakin tinggi.
“Saya mengambil keputusan untuk berjinak-jinak dalam perniagaan ini walaupun pada asalnya hanya untuk mengisi masa yang banyak terluang,” kata Zuriana yang ditemui baru-baru ini.
Dengan jumlah kenalan dalam kalangan bloggers dan rakan pelanggan untuk blog sedia ada yang semakin meningkat, ibu kepada empat orang cahaya mata itu mula cekalkan hati untuk membina blog sendiri.
Tanpa sebarang ilmu khusus terhadap pembinaan blog dan perkara-perkara teknikal, Zuriana terus mengutip pengalaman dari hari ke hari sehinggalah lahirnya laman blog wwwbegalicious.blogspot.com.
“Berdasarkan kepada jumlah pengikut yang mencecah 50 orang dan hits (pengunjung) yang mencapai 30,000 orang, saya bersyukur dengan pencapaian setakat ini.
“Selain itu, jaringan laman sosial, Facebook juga dijadikan platform untuk tujuan promosi di samping mengeratkan silaturahim, urusan permintaan dan penawaran harga,” jelasnya.
Dari segi harga, Zuriana mengatakan ia sangat berpatutan dan jauh lebih murah berbanding harga barang yang sama yang dijual di butik-butik terkemuka di negara ini. "
No comments
Post a Comment