Raja PES 2011 Milik Indonesia?
PUTRAJAYA – Wakil dari Indonesia, Joshua Roland membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM2,000 selepas menjuarai kategori PES 2011 pada pertandingan konsol PlayStation 3 (PS3) semalam.
Joshua, 20, yang berasal dari Jakarta memberitahu, pada mulanya dia sekadar suka-suka untuk menyertai pertandingan itu selepas terbaca mengenainya melalui Internet dan surat khabar sejak sebulan lalu.
Lebih menarik, pertandingan itu juga disertai abangnya, James Togi Andrian, 22, atau dikenali sebagai Andrean Kicker yang menduduki tempat kedua dan ketiga. James membawa pulang wang RM1,500.
Bagi pertandingan FIFA 2011, kemenangan menjadi milik Kickers KM07 atau Tan Kim Leong, 25, dari Singapura dengan hadiah berjumlah RM2,000.
Kim Leong berkata, ia merupakan satu pertandingan yang sengit dan dia tidak menyangka akan menang kerana dia menyertai pertandingan FIFA 2011 sempena Rentap Futsal Putrajaya hanya kerana minat.
Dia turut memenangi tempat ketiga dan menerima hadiah RM500 setelah kalah kepada Mohd. Syahril Mispardi, 25.
Bagi Mohd. Syahril, penyertaan kali kedua pada pertandingan FIFA 2011 adalah atas dorongan hobi pada waktu lapang.
Hadiah-hadiah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negara, Che Zaharah Abd. Hamid.

5 comments
wa nak ajak frenly la
jom lawan wa..ada bran?hahah
ermmm... hebat bangat sih...
mane melayu ni? naseb bek aku x join, kalo x kayo2.. haha :)
nasib baik wa xmasuk..kalau x wa kongke semua
Post a Comment