(Video) Kesedaran Di Bulan Ramadhan - Terowong Informasi

Breaking News

(Video) Kesedaran Di Bulan Ramadhan


Salam 1 Malaysia,
Bersempena bulan Ramadhan yang suci ini, kita semua sebagai umat Islam sudah 10 hari berpuasa. Tahu kan macam mana rasanya lapar? Kalau anda rasa anda tak tahan dengan puasa, cuba pula bayangkan keadaan kanak-kanak dan penduduk di kawasan Afrika Timur? Dengan suasana panas terik dan makanan pula berkurangan, anda boleh hidup tak?
Begitulah penderitaan penduduk di kawasan Afrika Timur ini.
Kita di sini, panas sedikit, dah mengeluh lapar dan dahaga.


Mereka di Afrika Timur ini umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Kita di Malaysia mewah dengan segala makanan.
Kalau ke bazaar Ramadhan, pelbagai juadah yang disediakan untuk kita pilih.
Sebenarnya, masa berbuka, bukan kita makan sampai nak termuntah.
Makan ala kadar sahaja.
Itu digalakkan oleh islam sebenarnya.


Puasa ini mengajar kita bagaimana kita hidup susah tanpa sesuap makanan di dalam mulut kita.
Ia sama sahaja seperti yang berlaku di Afrika Timur ini.
Hidup susah, banyak penyakit akibat minum minuman yang tidak bersih malah makanan juga tidak berkhasiat.
Cuba anda menonton video di bawah yang memberi masej kepada kita semua semperna di bulan Ramadhan ini. Video lagu yang bertajuk “High Tide Or Low Tide” dari Bob Marley. Mari kita saksikan.

4 comments

iphotoshoot said...

http://iphotoshoot2u.blogspot.com
jmput follow me back....hihihi

syasya said...

kesian.selamat berpuasa..

Terowong Informasi said...

SELAMAT BERPUASA SEMUA

aena jamil. said...

ya ALLAH. kesian dorg. kite yg semuanye ade dpn mate nie pun kdg kdg nak mengeluh. em..insaf tengok nie. :(