Sinar FM Tetap No 1 Di Malaysia - Terowong Informasi

Breaking News

Sinar FM Tetap No 1 Di Malaysia

Kumpulan Airtime Management And Programming Sdn. Bhd (AMP) sekali lagi mengekal penguasaan pasaran sebanyak 50% atau jumlah kumulatif pendengar sebanyak 11.65 juta setiap minggu apabila 5 stesen radio milik syarikat ini mengungguli kedudukan Top 10 dalam senarai Pengukuran Pendengar Radio Nielsen, Liputan 2, 2011.
Sinar FM dengan slogan ‘Muzik Retro Terbaik’ mengekalkan penguasaan no. #1 dengan jumlah keseluruhan pendengar mencecah 4.2 juta pendengar. Ia satu pencapaian yang baik bagi stesen radio terbabit. Mari kita lihat ranking Top Radio di Malaysia ini :


Berikut adalah senarai ranking Top 5 mengikut stesen radio daripada pelbagai syarikat.
  1. Sinar FM
  2. Hot FM
  3. Era FM
  4. THR Gegar
  5. THR Raaga
Mengikut pecahan bahasa pula, Hitz FM kekal stesen berbahasa Inggeris no. #1 dengan jumlah pendengar antara 1.6 juta kepada 1.9 juta. MY FM memperkukuhkan kedudukan sebagai stesen no. #1 berbahasa Cina dengan 2.2 juta pendengar. Dan, THR Raaga kekal sebagai stesen no #1 berbahasa Tamil dengan 1.75 juta pendengar.
Senarai ranking ini telah dianalisa oleh Nielsen Radio Audience Measurement (RAM) Malaysia.

P/S : Anda peminat setia radia Sinar FM ke?

2 comments

Anum said...

ada masa2

Terowong Informasi said...

ye ke..ikut pendengar jugakkan..