Makanan Yang Dilarang Semasa Mengandung - Terowong Informasi

Breaking News

Makanan Yang Dilarang Semasa Mengandung

Salam 1 Blog,
Jarang sekali Hackers memberi tips kepada pembaca blog ini dan hari ini, Hackers memberi tips yang berguna kepada anda semua terutamanya kepada bakal menjadi ibu nanti. Anak, anugerah/hadiah dari Allah S.W.T yang cukup besar dan bermakna kepada pasangan yang baru berkahwin. Anak juga penyeri rumah tangga yang dibina selama ini. Tanpa mereka, sunyilah rumah tangga yang kita bina selama ini. Tahukah anda, apakah makanan yang dilarang semasa hamil atau mengandung?
Pastinya ada sesetengah anda tidak tahu cara pemakanan yang memang perlu dielakkan. Jangan main bedal sahaja makanan yang dijual diluar sana. Ia boleh menyebabkan risiko terhadap kandungan anda.
Jom kita lihat apakah makanan yang dilarang semasa mengandung :
  1.  Jangan makan daging mentah (sushi) atau yang dimasak kurang matang, kerana mengandungi Toksoplasmosis, sebuah parasit yang dapat menyebabkan infeksi serius pada janin anda dan juga E.coli, yang berbahaya bagi ibu hamil dan janin.
  2. Toksoplasmosis terdapat pada sayuran yang tidak dicuci dengan baik, oleh kerana itu bersihkan sayuran anda dengan baik, apalagi untuk salad yang dimakan mentah. Hindari juga kotoran kucing atau bermain-main dengan kucing selama kehamilan kerana mengandung toksoplasmosis.
  3.  Jangan makan daging ayam dan telur yang dimasak kurang matang atau mentah , hindari makan hati ayam/daging yang mungkin sumber dari salmonella, yang dapat menyebabkan diarea yang berat pada ibu hamil. Juga perhatikan piring, alat-alat masakan yang terkena daging ayam mentah ini untuk dicuci.
  4. Ikan tuna steak, ikan sea bass, shark, atau ikan-ikan berukuran besar yang diketahui mengandung tingkat mercuri yang tinggi yang dapat menyebabkan kerosakan saraf jika dimakan dalam jumlah besar. FDA merekomen ikan tuna dan ikan ukuran besar ini sebanyak 12 auns perminggu.
  5. Keju lunak seperti brie dan camembert, blueveined cheese juga keju dari susu kambing dan domba, serta jangan minum susu yang tidak di pasteurisasi. Semua produk ini mempunyai risiko membawa listeria. Listeria tipe bakteri yang mampu menembus plasenta dan menyebabkan infeksi janin, pada dewasa tidak ada gejala atau seperti selsema. Listeria dapat menyebabkan keguguran,kelahiran pramatang, dan keracunan dalam darah. Sebaiknya hindari makanan jenis ini sampai melahirkan bayi anda.
  6. Jangan minum minuman yang mengandung alcohol kerana ia dapat menyebabkan kelainan perkembangan pada janin dan juga masalah emosional pada bayi.
  7. Minuman yang mengandung cafein seperti kopi, teh sebaiknya di hindari atau dihindari kerana kopi dapat mempengaruhi berat badan rendah pada bayi, keguguran dan juga cafein mengurangi penyerapan zat besi.

Itu dia 7 tips pemakanan yang perlu dielakkan semasa mengandung. Jika sayangkan kadungan anda itu, baik elakkan pemakanan seperti di atas itu. Perlu diingatkan, perkembangan bayi dalam kandungan anda itu bergantung dengan cara pemakanan anda semalam kehamilan tersebut. Hackers syorkan, banyakkan makan makanan seperti kekacang kerana banyak membantu tumbesaran bayi anda dalam kandungan tersebut. Insyaallah, tips ini mampu membantu anda semasa kehamilan. 

1 comment

Anum said...

x leh la nak makan sedap