Zombie Shopping Mall
Anda kaki shopping? Jika ya, sudah pastinya ke semua Shopping Complex di Kuala Lumpur atau dimasa sahaja anda telah terjah. Itu kepada yang kaki shopping lah. Shopping adalah perkara yang seronok dan digemari kaum wanita terutamanya dan lelaki tidak kurang samanya. Tapi, anda mahu tak shopping anda itu penuh dengan cabaran dan menakutkan?
Jika mahu, apa kata anda terbang ke Reading, England dan pergi ke Zombie Shopping Mall. Zombie?Macam cerita Zombie kampong pisang ke? Hahahaha. Pasti ia mendebarkan kepada sesiapa yang mahu ke Shopping Complex ini kerana ia memang lain dari yang lain. Zombie yang ‘hidup’ ini memang seakan betul dengan cara teknik solekkan professional dilakukan. Suasana dalam Shopping Complex ini memang menyeramkan. Sebelum memulakan perjalanan ke dalam Shopping Complex tersebut, satu unit yang digelar “Police Special Zombie Bashing Unit” akan mengajar anda bagaimana menghadapi zombie ini dan cara menggunakan senjata. Senjata?
Ya, terdapat senjata disediakan tetapi tidak dibenarkan membawa senjata sendiri. Senjata yang disediakan itu adalah senjata airsoft gun. Jadi, anda dapat bayangkan bagaimana scenario yang anda akan hadapi semasa berjalan di Shopping Complex tersebut. Masa inilah anda dapat menguji pasangan anda sama ada dia mahu melindungi anda(wanita) atau tidak. Macam mana, ok tak?
Untuk makluman anda, untuk memasuki shopping complex ini, ia adalah terhad sebenarnya. Shopping Complex ini memang full booking setiap masa. Umur minimum adalah 16 tahun sahaja. Jika berminat, sila layari http://wish.co.uk/contact untuk tempahan tiket untuk mendapat pengalaman yang luar biasa ini.
No comments
Post a Comment